“Apa Yang Salah Tetap Salah..” – A Aida Bersikap Profesional, ‘Blacklist’ Ruhainies Namun Kekalkan Hubungan Baik

Hiburan

“Apa Yang Salah Tetap Salah..” – A Aida Bersikap Profesional, ‘Blacklist’ Ruhainies Namun Kekalkan Hubungan Baik

Baru-baru ini, penerbit terkenal iaitu Datuk A Aida berkata hubungan dirinya bersama aktres sensasi Ruhainies masih baik meskipun sudah senarai hitam pelakon berkenaan.

Bersikap profesional

Menurut penerbit ini, dia memilih untuk bersikap profesional dalam bekerja namun masih mengekalkan ukhuwah bersama rakan artis di luar pekerjaan.

Advertisement

Saya memang blacklist Ruhainies kerana apa yang salah tetap salah. Tetapi hubungan sebagai rakan industri yang sudah dianggap adik dan kakak tidak putus apabila kami berjumpa.

 

Cumanya apabila melibatkan kerja, saya sangat profesional. Kerana jika ada artis yang terbabit dengan isu sensitif dan memberikan contoh tidak baik kepada masyarakat, memang saya blacklist.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dato A.Aida (@a_aidaproduction)

Beri kesan buruk

Dalam pada itu, ditanya berkenaan tempoh blacklist yang dikenakan kepada artis yang bermasalah, A Aida menjelaskan ia bergantung kepada situasi artis berkenaan.

Untuk saya mungkin lagi setahun atau dua tahun. Kalau suasana dah kembali reda balik, mungkin saya berhenti blacklist pada seseorang artis itu.

 

Saya tidak mahu nanti jika ambil artis yang nama mereka masih panas, akan beri kesan buruk kepada produksi dan karya saya. Sekarang zaman netizen, saya perlu berhati-hati.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @ruhainies7

Terdahulu, pelakon Ruhainies telah disenarai hitam oleh A Aida setelah terlibat dalam kes tangkap khalwat bersama aktor Aliff Aziz.

aliff syukri
3 weeks ago

Dikecam Guna Ruhainies Promosi Produk, Aliff Syukri Akhirnya Jawab - "Dah Bayar, Takkan Nak Tunggu Dia Kertu Baru 'Upload'?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Portal

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...