Apa Yang Perlu Anda Buat Bila Jari Terapit Dan Ada Pendarahan Dibawah Kuku

Trending

Apa Yang Perlu Anda Buat Bila Jari Terapit Dan Ada Pendarahan Dibawah Kuku

Banyak kes-kes yang sampai di klinik doktor, ada yang terapit pintu kereta. Tapi, peliknya yang menutup pintu kereta tu adalah anda sendiri. Ada juga kes suami nak tolong angkat tong gas kat bini tapi terhempap tong gas di kuku kaki sendiri. Aduh peritnya.

Advertisement

Semua perkara yang berlaku akibat PERDARAHAN DIBAWAH KUKU. Jom kita baca apa yang perlu dibuat bila ada perdarahan bawah kuku.

Bila jari kita terapit, aduuh ! kita keriau kesakitan Allah je yg tau. Berdenyut2 jari tu. Tak larat kelepiak jari dan dipicit. Kut nak kurangkan rasa sakit, dibubuh jari tu ke dlm mulut.

Kononnya nak kerangkan sakit.

Jadi, macam ni cara rawatan doktor..

a) Bila baru kena, dalam tempoh 24 jam pertama, letak ketulan ais ais di kuku yang cedera tu. Kalau ada ubat Panadol atau Pain killer telan je. Sakit dapat dikurangkan.

b) Kalau dah lebih 24 jam masih rasa sakit, ambil pin yang di sterile dengan air panas terus cucuk atas kuku yang ada perdarahan dibawahnya hingga darah tu keluar memancut ke atas permukaan kuku. Inshaallah, rasa sakit lega lepas tu.

c) (Lihat video diizinkan oleh pesakit doc) Kalau lebih 48jam masih sakit, akan terbentuk darah beku bawah kuku yang cedera tu. Tak guna cucuk pin seperti diatas. Elok datang terus ke klinik, doktor bius dan cabut kuku tu.

Baru lega bila dibuang darah beku yang berdenyut2 tu.

Kuku baru akan naik seminggu lepas tu. Kalau kencing manis, datang cepat jumpa doktor. Takut cedera kuku tu akan infeksi jadi nanah & merebak busuk ke jari.

Terpaksa bukan je doktor buang kuku, tapi buang jari infeksi bersama.

Jadi dari 10 jari, jadi 9 jari. Kan sedih tu.

Peringatan:

1. Kemalangan kuku terapit sapa yang nak kan? Kalau kena terima je le. Tapi rawatannya kena ambil tahu seperti doktor advice.

2. Ingat hilang kuku boleh tumbuh balik, tapi hilang jari? Tak tumbuh dah!

Kredit : Dr. Abdul Rahim

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...