Apa Yang pemuda Ini Lakukan Selepas 100 Permohonan Kerja Tak Dilayan?

Trending

Apa Yang pemuda Ini Lakukan Selepas 100 Permohonan Kerja Tak Dilayan?

Seorang graduan Universiti Kent, Kamran Hussain, 21 tahun dari Walthamstow, Timur London membuat keputusan untuk menghabiskan 4 jam di stesen keretapi bawah tanah yang sesak untuk mengedarkan Vitae Kurikulum atau Curiculum Vitae (CV) nya.

Advertisement

 

Selepas membuat 100 permohonan kerja melalui plbagai aplikasi atas talian dan tidak mendapat sebarang maklum balas, dia nekad  bangun seawal 5.30 pagi untuk mencetak 35 salinan CV dan pergi ke stesen Liverpool Street London pada jam 7.30 pagi.

Hussain berdiri sambil memegang kertas yang tertulis “Aspiring accountant. Looking for entry level job. Ask for CV”

Setelah 2 Jam disitu, Hussain kemudian pergi ke London Cannon Street.

Menghabiskan masa lebih kurang 4 jam, dia berjaya mendapat beberapa tawaran temuduga. Paling mengejutkan keesokkan hari dia terus di panggil menghadiri temuduga dan berjaya menerima tawaran pekerjaan sebagai Eksekutif Transaksi untuk sebuah Firma di London.

“Ini pengalaman terbaik dalam hidup saya dan saya berasa sangat bersyukur”

Dengan kelulusan ijazah kelas ke tiga dan keputusan yang tidak begitu baik berbanding rakan-rakannya,  Hussain yakin perlu melakukan sesuatu yang unik dan kreatif. Usaha yang sangat berbaloi.

Sangat memberi inspirasi, jadi kepada sesiapa yang masih mencari pekerjaan, jangan berhenti berusaha dan terus mencuba.

Mungkin boleh cuba cara Hussain mana tahu boleh berjaya!

Sumber: Daily Mail UK

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...