Apa Yang Menarik Dengan SUV Proton X70?

Trending

Apa Yang Menarik Dengan SUV Proton X70?

Orang ramai sudah boleh membuat tempahan untuk model terbaru daripada Proton, SUV X70 mulai semalam. Paling menarik, ini merupakan model SUV pertama keluaran syarikat kereta nasional ini. Bukan itu sahaja, ini juga model kereta pertama hasil kerjasama dengan Geely.

Proton X70 boleh mula ditempah dengan wang pendahuluan hanya sebanyak RM 1,000 sahaja. Bagaimanapun, Proton masih belum mendedahkan harga rasmi untuk model ini dan masih jadi tanda tanya.

Advertisement

Ramai netizen teruja dengan reka bentuknya yang lebih moden dan high-class. Terdapat 4 varian atau pilihan kategori ditawarkan untuk SUV ini iaitu:

  • Model asas Standard 2WD
  • Executive 2WD,
  • Executive AWD
  • Premium 2WD

Kesemua variasi ini bakal menggunakan enjin dan transmisi yang sama iaitu enjin petrol empat silinder 1.8 liter TGDI turbo berkuasa 181 hp dan tork maksima 285 Nm digandingkan dengan kotak gear enam kelajuan automatik.

Apa itu TGDI?

TGDI adalah salah satu daripada keluarga enjin baharu Proton yang dibangunkan bersama pengeluar enjin terkemuka, Ricardo Group dan Lotus. Dimulakan sejak Mac 2015, enjin baharu itu dikatakan lebih berkuasa (20 peratus), menjimatkan bahan api (purata 25 peratus lebih baik) dan rendah emisi berbanding enjin sebelum ini.

Kenapa X70?

Proton sebelum ini telah membuat undian atas talian dan meminta orang ramai memilih nama untuk SUV terbaru keluaran mereka. 4 pilihan jawapan yang tersedia pada masa itu ialah X7, PX7, X70 dan X700. Menariknya, 90,000 orang telah mengambil bahagian dan 60% telah memilih X70. Proton juga menerangkan bahawa pemilihan nama tersebut kerana lebih diterima di ASEAN.

Hampir keseluruhan rupa adalah seiras dengan Boyue facelift. Model Premium menerima balutan kulit Nappa berwarna perang pada tempat duduk dan panel dalaman pintu, manakala model Exec dan standard diberikan kulit sintetik berwana hitam.

Menurut naib presiden Kumpulan Kejuruteraan Geely, Yang Jun, X70 menerima keseluruhan teknologi dari Boyue. Kelengkapan lain yang turut diberikan termasuk kamera 360-darjah yang memaparkan halangan persekitaran kereta dalam bentuk 3D, dan juga kamera pandangan hadapan diletakkan pada bahagian atas cermin hadapan yang dihubungkan kepada sistem bantuan pemanduan, terdiri dari sistem brek kecemasan automatik, amaran keluar laluan dan cruise control adaptif.

Yang paling menerujakan tentang X70 ini ialah, SUV tersebut diberikan sistem kawalan menggunakan suara yang telah direka bagi disesuaikan dengan bahasa inggeris dengan slanga orang Malaysia, bersama panel instrumen digital sepenuhnya dan pertama untuk Proton.

Malah, ulasan di beberapa laman web permotoran juga memuji kemasan material dan pemasangannya, yang dikatakan antara yang terbaik dari Proton.

Sumber: Paultan & Awani.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...