“Apa Yang Kita Nampak Elok Di Luar Sana, Tak Semestinya Elok Sebenar-Benarnya” – Diana Danielle

Hiburan

“Apa Yang Kita Nampak Elok Di Luar Sana, Tak Semestinya Elok Sebenar-Benarnya” – Diana Danielle

Baru-baru ini, dunia hiburan dikejutkan dengan berita mengenai pelakon, Diana Danielle yang bertindak memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, Farid Kamil.

Difahamkan, permohonan cerai itu dibuat kerana sudah tiada lagi persefahaman dan berlakunya perbalahan berpanjangan dalam rumah tangga mereka.

Advertisement

Susulan itu, tular semula video temu bual Diana bersama program Melodi dua bulan lalu iaitu sekitar bulan Januari 2023.

Hidup tak ada jaminan, saya cuba untuk hidup dengan tidak terlalu positif dan tidak terlalu negatif. Just menerima…

Menerusi video tersebut, pelakon berusia 31 tahun itu memberi pesanan kepada orang ramai untuk melakukan yangg terbaik dalam kehidupan berumah tangga.

Pasangan kita hanyalah pinjaman, yang penting kita sentiasa usaha untuk menjadi yang terbaik.

Dalam pada itu, Diana berharap orang ramai berhenti menunding jari dan menjadikan isu rumah tangga sebagai peringatan sendiri.

Apa yang kita nampak elok di luar sana, tak semestinya elok sebenar-benarnya, dan mana yang nampak tak elok tu tak semestinya tak elok.

@melodiberapi

Kehidupan rumahtangga ada pasang surutnya.. min doakan semoga keluarga D sentiasa dilindungiNya ?? #melodi #panas #kontroversi #sensasi #dianadanielle #faridkamil

? original sound – Melodi – Melodi

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sedih apabila menonton kembali video temu bual itu selepas mengetahui Diana akhirnya menfailkan cerai terhadap Farid.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

diana danielle cerai
2 years ago

Tiada Persefahaman & Perbalahan Berpanjangan Punca Diana Danielle Fail Cerai, Farid Kamil Enggan Lafaz Talak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...