“Apa Yang Kami Mahukan Adalah Keadilan Dan Laporan Penuh Perubatan” – Ibu Arwah Mohamad Tahqif

Trending

“Apa Yang Kami Mahukan Adalah Keadilan Dan Laporan Penuh Perubatan” – Ibu Arwah Mohamad Tahqif

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata laporan bedah siasat mendapati kematian Mohamad Thaqif adalah disebabkan penyakit leptospirosis (penyakit kencing tikus) dan bukan kecederaan lain.

Advertisement

Mengenai kenyataan Madrasah Tahfiz al-Jauhar (MTAJ) hari ini, yang menganggap kes kematian Mohamad Thaqif selesai susulan laporan bedah siasat itu, Felda Wani ibu kepada Mohamad Thaqif Amin berkata, MTAJ berhak mengeluarkan apa pun pandangan.

“Saya tidak mahu ulas apa-apa kerana kami sudah serahkan kes kepada peguam.”

“Apa yang kami mahukan ialah keadilan dan laporan penuh perubatan daripada pihak kementerian,” katanya.

Manakala pihak Polis menafikan dakwaan netizen kertas siasatan kematian pelajar tahfiz, Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi, akan ditutup berikutan laporan bedah siasat menunjukkan ia disebabkan kencing tikus dan bukannya akibat kecederaan lain.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Senior Asisten Komisioner Azman Ayob, berkata polis kini dalam proses mendapatkan nasihat daripada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya berhubung tindakan selanjutnya dalam kes ini.

Mohamad Thaqif Amin dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail pada 19 April lalu selepas dilaporkan mengalami kecederaan pada bahagian kaki yang didakwa akibat dipukul pembantu warden madrasah tahfiz.

Selepas kedua-dua kakinya dipotong pada 22 April lalu, tangan kanan Mohamad Thaqif Amin pula dijangkiti kuman akibat darah beku dan dijadual dipotong dari jari hingga bawah siku.

Bagaimanapun, pembedahan ditangguhkan kerana jantung pelajar itu dilaporkan tidak stabil sebelum pelajar itu meninggal dunia pada 26 April lalu.

Susulan kejadian itu pembantu warden pusat tahfiz terbabit ditahan untuk siasatan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.


Felda Wani Ahmad, 40, tidak menolak ketentuan Ilahi dengan pemergian anak tersayang, Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi, 11, pada 26 April lalu.

Bagaimanapun, katanya, mereka sekeluarga kesal dengan laporan bedah siasat dikeluarkan Kementerian Kesihatan semalam, apabila punca kematian anaknya disebabkan penyakit kencing tikus.

“Orang luar boleh bercakap apa saja. Saya rayu, jangan sebarkan spekulasi. Tuhan saja tahu perasaan saya ketika ini.

“Anak saya lahir sihat dan sempurna. Cuba bayangkan naluri hati seorang ibu apabila kaki anaknya dipotong.

“Saya tahu anak saya tak akan kembali tetapi kami tidak boleh terima punca kematian Thaqif disebabkan kencing tikus,” katanya ketika ditemui oleh Berita Harian di kediamannya di Taman Bukit Tiram

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...