“Apa Yang Dia Tawarkan?” – Netizen Berdebat Siapa Lebih Layak Terima Dana Khazhanah, Khairul Aming Atau Vivy Yusof

Trending

“Apa Yang Dia Tawarkan?” – Netizen Berdebat Siapa Lebih Layak Terima Dana Khazhanah, Khairul Aming Atau Vivy Yusof

Siapa tak kenal pempengaruh yang sering menjadi tumpuan rakyat Malaysia di sosial media dikenali sebagai Khairul Aming yang terkenal dengan Sambal Nyet dan Dendeng Nyet Berapinya itu.

Baru-baru ini, Khariul telah berjaya mencipta rekod dengan menjual Dendeng Nyet Berapi itu sebanyak 80K unit dalam masa beberapa minit sahaja dan berjaya mengaut keuntungan jualan sebanyak lebih kurang RM1.2 juta .

Advertisement

Dapat dana Khazanah

Oleh kerana kejayaan yang diperoleh Khairul ini ada seorang individu yang mengatakan influencer ini sepatutnya menerima dana daripada Khazanah bagi menjayakan lagi perniagaannya itu.

Belum layak dibandingkan

Namun begitu, ada juga yang tampil mempertikai kenyataan individu berkenaan yang membezakan Khairul dengan usahawan terkemuka Vivy Yusof.

Menurut individu ini, Khairul masih belum setanding Vivy yang telah mencapai lebih banyak pencapaian termasuklah mengembangkan jenamanya ke peringat Asia Tenggara.

Daripada dia (Khairul Aming), saya lebih setuju jika ia diberikan kepada Vivy. Dia ambil pekerja dari pelbagai latar belakang dan pernah bekerjasama dengan keluarga diraja.

 

Dia juga memperluaskan jenamanya di seluruh Asia Tenggara. CNN ada sebut namanya dan Malaysia. Apa yang dia (Khairul Aming) tawarkan?

Bagaimanapun, perdebatan ini menerima pandangan yang sama rata dari netizen lain yang berpendapat bahawa masing-masing mempunyai keunikan tersendiri dalam berniaga dan target audience yang berbeza.

khairul aming
3 months ago

"Kawasan Elit Kot.." - Kilang Berada Di Kelantan, Individu Persoal Bagaimana Khairul Aming Dapat Air Bersih

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : X

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...