Apa Yang Berlaku Menguatkan Lagi Hubungan Dan Cinta Kami – Diana Danielle

Hiburan

Apa Yang Berlaku Menguatkan Lagi Hubungan Dan Cinta Kami – Diana Danielle

Kontroversi pelakon dan pengarah, Datuk Farid Kamil yang dijatuhkan hukuman penjara atas tuduhan terlibat dengan penyalahgunaan dadah tidak dinafikan mengejutkan ramai.

Advertisement

Meskipun dihimpit dengan dugaan dan detik-detik hitam, apa yang berlaku bagaimanapun mematangkan lagi hubungan rumah tangga Farid dan isterinya, Datin Diana Danielle. Menurut Diana, cinta mereka semakin kuat dan lebih menghargai antara satu sama lain.

Sebagai seorang isteri saya kenal suami saya. Dia suami dan ayah yang terbaik untuk kami dan saya gembira kami masih dapat menikmati saat-saat gembira bersama. Perhubungan kami semakin matang, kami lebih menghargai satu sama lain dan saya tahu betapa pentingnya Farid dalam hidup saya.

Saya terima apa sahaja yang kehidupan lemparkan pada kami sebab kehidupan akan terus berjalan tanpa henti dan akan memberikan pelbagai perkara mendatang untuk kita hadapi. Kalau kita tenang dan percaya Allah, Dia akan bantu kita balik.

Meskipun menerima kecaman daripada pelbagai pihak, Diana bersyukur dikelilingi individu yang sentiasa menyokongnya terutama keluarga dan peminat, membuatnya lebih tabah untuk mengharungi segala dugaan.

Terdahulu, pada 15 Mei lalu, Farid dihukum penjara sembilan bulan dan diperintah berada di bawah pengawasan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) selama dua tahun oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya selepas didapati bersalah menggunakan dadah jenis ganja Tetra Hydrocannibol (THC) pada Januari tahun lalu.

Namun, pada 19 Jun lalu, Farid dibenarkan menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara sembilan yang dikenakan terhadapnya dengan syarat dia harus menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap bulan.

Sumber Berita : Astro Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...