Penyanyi, Syura Badron tampil menepis tuduhan yang mengatakan kononnya dia berlagak baik kerana tidak membuat laporan polis susulan insiden tong gas meletup di rumah penginapan sehingga mengakibatkan suaminya cedera.
Penyanyi itu memuat naik sebuah video di TikTok untuk menjelaskan bahawa segala keputusan yang dibuatnya adalah hasil perbincangannya dengan suami, Muhammad Farizat.
Sebelum apa-apa keputusan saya buat, saya tanya suami dulu. Bukan saya pandai-pandai buat keputusan tu.
Saya pergi dekat suami, tanya “macam mana dengan pemilik homestay, nak ambil apa-apa tindakan ke?”, dia jawab “its ok sayang saya dah reda, apa yang berlaku ni kemalangan dan bukan sesuatu yang disengajakan.”
Penyanyi itu turut berkata agak tidak adil bagi mereka untuk menuding jari kepada pemilik rumah penginapan tersebut sedangkan apa yang berlaku itu adalah satu kemalangan.
Tidak adil untuk kami menuding jari dekat pemilik homestay, saya nampak usaha dia datang melawat suami dan minta maaf.
Walau bagaimanapun, Syura akui insiden yang berlaku ini memberi pengajaran kepada dirinya sendiri dan orang ramai supaya lebih berhati-hati dalam apa jua keadaan.
Musibah Allah nak bagi ni dekat mana-mana je. Disebabkan kejadian ini juga kita semua dah dapat ilmu baru tentang penjagaan dan keselamatan untuk suri rumah di dapur.
Banyak sangat hikmah yang saya dapat daripada insiden ini. Kami terima qada dan qadar’ yang Allah beri, semua orang ada ujian masing-masing.
Penyanyi itu berharap agar orang ramai menghormati dan berhenti mempersoalkan keputusannya dengan suami dan mendoakan yang terbaik buat mereka sekeluarga.
@syurabadron86 Replying to @CLASSYGLAMM ♬ La Illah Ela Allah – Mohamed Youssef