Apa Yang Berlaku Dalam Hidup Elfira Tidak Beri Kesan Pada Saya, Peminat Tolong ‘Move On’ – Sufian Suhaimi

Hiburan

Apa Yang Berlaku Dalam Hidup Elfira Tidak Beri Kesan Pada Saya, Peminat Tolong ‘Move On’ – Sufian Suhaimi

Gara-gara memuat naik sekeping foto dengan kapsyen yang penuh bermakna di akaun Instagramnya ketika gosip Elfira Loy sudah ada kekasih baru hangat diperkatakan, ramai yang salah sangka bahawa penyanyi Sufian Suhaimi kecewa dan sedih apabila bekas tunangnya itu sudah bertemu pengganti.

Advertisement

Walaubagaimanapun, Sufian menjelaskan apa yang beliau muat naik itu sekadar ‘quote’ motivasi sesuai dengan gambarnya itu. Menurut Sufian, apa sahaja yang berlaku kepada Elfira sedikit pun tidak memberikan kesan kepada beliau.

Kapsyen itu saya sesuaikan dengan gambar saya sedang berjalan. Ia juga hanyalah ‘quote’ yang saya anggap ada nilai motivasi.  Kami pun dah ada kehidupan masing-masing. Jadi, apa yang dia lakukan tak berikan kesan kepada kehidupan saya dan begitu juga sebaliknya.

Sudah melupakan kisah cinta yang tidak menjadi itu dan meneruskan kehidupannya seperti biasa, Sufian meminta peminat dan netizen turut melakukan perkara yang sama. Berhentilah mengaitkan dirinya dengan Elfira ataupun apa sahaja kisah mereka sebelum ini.

Sumber Berita : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...