Gara-gara memuat naik sekeping foto dengan kapsyen yang penuh bermakna di akaun Instagramnya ketika gosip Elfira Loy sudah ada kekasih baru hangat diperkatakan, ramai yang salah sangka bahawa penyanyi Sufian Suhaimi kecewa dan sedih apabila bekas tunangnya itu sudah bertemu pengganti.
Walaubagaimanapun, Sufian menjelaskan apa yang beliau muat naik itu sekadar ‘quote’ motivasi sesuai dengan gambarnya itu. Menurut Sufian, apa sahaja yang berlaku kepada Elfira sedikit pun tidak memberikan kesan kepada beliau.
Kapsyen itu saya sesuaikan dengan gambar saya sedang berjalan. Ia juga hanyalah ‘quote’ yang saya anggap ada nilai motivasi. Kami pun dah ada kehidupan masing-masing. Jadi, apa yang dia lakukan tak berikan kesan kepada kehidupan saya dan begitu juga sebaliknya.
Sudah melupakan kisah cinta yang tidak menjadi itu dan meneruskan kehidupannya seperti biasa, Sufian meminta peminat dan netizen turut melakukan perkara yang sama. Berhentilah mengaitkan dirinya dengan Elfira ataupun apa sahaja kisah mereka sebelum ini.