Apabila Erma Fatima memfailkan cerai terhadap suaminya Bade Hj Azmi beberapa bulan lepas, ramai yang terkejut dan seakan tidak sangka bahawa penerbit itu akan bertindak sebegitu kerana beliau nampaknya tidak mempunyai masalah dengan Bade mahupun madunya, Aida Abdul.
Ramai yang tertanya-tanya apakah punca sebenar yang telah menggugat rumah tangga mereka yang dibina hampir 27 tahun lamanya. Namun, Erma menjelaskan biarlah perkara tersebut hanya mereka suami isteri sahaja yang tahu.
Meskipun sudah membuat keputusan untuk berpisah dengan Bade, Erma bagaimanapun tidak menyangkal bahawa Bade seorang suami yang baik.
Mengenai bahtera perkahwinan kami, dan apa yang berlaku itu biar saya dan Bade sahaja yang tahu. Bagi saya Bade seorang suami yang baik serta rakan rapat saya yang sangat positif.
Tiada sebab untuk kami nak bergaduh dan berselisihan faham sehingga tidak bertegur sapa. Apa yang berlaku ke atas perhubungan saya itu ada sebabnya, jadi tak perlu saya nak war-warkan dengan lebih mendalam.
Berbicara mengenai kenyataan Bade sebelum ini yang memberitahu beliau tidak megetahui akan permohonan tersebut dan sekerasnya tidak mahu meneruskan dengan penceraian berkenaan, Erma yakin bahawa Bade sudah di maklumkan mengenai permohonan cerai beliau dan menganggap suaminya itu memerlukan sedikit masa untuk bertindak ke langkah yang seterusnya.
Saya kenal sikap Bade itu, hampir 27 tahun kami bersama dan seharusnya kami sudah kenal antara satu sama lain. Apa-apa pun yang berlaku antara kami berdua, Bade tetap menjadi ayah kepada anak-anak kami. Apa yang saya mampu buat ialah berdoa kepada Allah agar kesemuanya dapat diselesaikan dengan kehendak-Nya.
Hurm…kalau sebelah pihak sahaja yang tidak mahu melepaskan dan pihak satu lagi ingin bebas, mungkin sudah ketentuan untuk mereka tidak bersama lagi. Erma Fatima sendiri tetap mahu meneruskan niatnya itu dan tidak semestinya selepas bercerai mereka akan bermusuhan bukan? Tetapi terus-terang kami masih lagi menyimpan harapan agar pasangan ini mampu lagi mempertahakan rumah tangga mereka.