Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata, buruk padahnya. Perumpaan ini bolehlah kita kaitkan dengan tulisan Anzalna sebelum ini tentang fenomena meroyan yang dialami oleh perempuan lepas bersalin. Kata-kata tersebut ditujukan kepada Bella Astillah selepas kekecohan yang berlaku di dalam bilik karaoke di mana Aliff Aziz dan adik Anzalna, Afifah Nasir berdua-duaan.
Buat yang terlupa, di bawah ialah komen “meroyan” Anzalna yang telah ditulis di laman sosial:-
Menerusi sidang media yang telah berlangsung kelmarin, Bella Astillah memaklumkan yang dia cukup sakit hati dengan kata-kata Anzalna tersebut. Kata Bella:-
Apa yang dia cakap itu betul-betul menyakitkan hati saya, malah semua ahli keluarga yang berada di Sabah turut terasa.
Meroyan itu macam mana ya? Pada saya tindakan yang saya lakukan itu bukan meroyan. Saya masih bersabar dan berfikiran waras ketika itu, cuma situasi yang tidak terkawal telah mengubah keadaan menjadi lebih buruk.
Sememangnya emosi wanita baru bersalin tidak stabil. Namun bukanlah semudah itu untuk seseorang itu “meroyan”. Secara jujurnya, mana-mana wanita pun akan melakukan tindakan yang sama seperti Bella jika melihat suami mereka bersama wanita lain. Isteri mana yang tak sayang suami kan? Sumber Mstar Online.