Apa Yang Anda Perlu Lakukan Jika Malaysia Umumkan Perintah ‘Lockdown’ Untuk COVID-19?

COVID-19

Apa Yang Anda Perlu Lakukan Jika Malaysia Umumkan Perintah ‘Lockdown’ Untuk COVID-19?

Pada masa kini, kerajaan di seluruh dunia mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengarahkan perintah berkurung atau ‘lockdown’ bagi mengurangkan kadar jangkitan COVID-19. Pengumuman darurat ini juga menyebabkan sekolah, universiti, restoran dan beberapa kawasan awam lain diarahkan tutup.

Baca: Itali Catatkan Peningkatan Drastik 368 Kematian Akibat COVID-19 Dalam Masa 24 Jam Sahaja

Advertisement

Susulan peningkatan kes di Malaysia sehingga 428 kes setakat ini, orang ramai mula mempersoalkan supaya pelaksanaan perintah berkurung dijalankan serta merta. Ramai yang menganggap perintah darurat ini dapat mengurangkan kadar kes jangkitan terbaru daripada terus meningkat.

Darurat 15 hari

itali lockdown

Kebanyakan negara seperti Sepanyol mengambil langkah melaksanakan darurat 15 hari sejak minggu lalu. Semua kawasan awam seperti sekolah, universiti, restoran dan hotel diarahkan tutup serta merta. Malah, orang ramai tidak dibenarkan keluar dari rumah melainkan untuk tujuan kecemasan atau membeli keperluan rumah.

Selain Sepanyol, beberapa negara lain seperti Itali dan Perancis turut mengambil langkah yang sama dengan melaksanakan perintah kurung selama 15 hari. Dengan perintah darurat yang dikeluarkan ini, orang ramai kini berkurung di kediaman masing-masing sambil menunggu keadaan menjadi semakin baik.

Apakah yang perlu anda lakukan?

Mesti ramai yang tertanya-tanya apakah yang patut rakyat Malaysia lakukan kini sebelum perintah berkurung dilaksanakan? Buat masa ini, perintah berkurung masih lagi belum diumumkan tetapi anda mungkin sudah boleh mengambil kira langkah-langkah persediaan. Sekiranya Malaysia mengumumkan perintah berkurung, perkara pertama yang perlu dipersiapkan ialah bekalan makanan.

  • Beras

beras

Beras antara bekalan makanan yang wajib disediakan sekiranya sesuatu berlaku. Bukan sahaja beras mampu bertahan dalam tempoh yang lama malah beras juga merupakan makanan ruji masyarakat Malaysia. Jangan mengambil ringan tentang makanan ruji ini kerana Itali yang merupakan pengeluar pasta terbesar di dunia juga mengalami kekurangan pasta apabila dilanda COVID-19.

  • Makanan sesuai beku

daging beku

Selain daripada daging, ikan, ayam dan sebagainya, apa-apa makanan yang sesuai dibeku boleh disimpan sebagai persediaan. Memandangkan makanan begini boleh disimpan di dalam peti ais bagi tempoh masa yang lama, anda tidak perlu risau untuk menyimpannya lebih lama. Selain itu, makanan lain seperti ubi, bawang dan telur juga boleh disimpan untuk tempoh yang lama.

  • Makanan tin

makanan tin

Pada masa kritikal begini, makanan tin mampu menjadi penyelamat terutamanya untuk mereka yang bergantung kepada makanan dari restoran luar. Jika di dalam situasi darurat tidak membenarkan anda keluar dari rumah, makanan di dalam tin mungkin jawapannya.

Tetapi harus diingat, semua bekalan makanan yang disediakan cumalah untuk tempoh dua minggu sahaja. Ini kerana kebiasaannya tempoh darurat untuk COVID-19 mengambil masa selama 15 hari seperti yang dilakukan oleh negara-negara lain. Oleh itu, elakkan membeli bekalan makanan yang berlebihan untuk memberi ruang kepada yang lain menikmatinya juga.

Selain daripada bekalan makanan, barangan keperluan rumah yang lain seperti tisu, ubat gigi, shampoo, pencuci tangan dan lain-lain tidak boleh dilupakan. Terutamanya bekalan ubat-ubatan yang diperlukan setiap hari daripada klinik dan farmasi berhampiran.

Ikuti perintah berkurung

lockdown itali

Ini bukanlah masa terbaik untuk anda berdegil dan tidak mendengar arahan dikeluarkan oleh pihak berkuasa. Pada masa ini, orang ramai disarankan untuk mengikuti arahan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mengehadkan pergerakan di tempat awam.

Keberkesanan perintah darurat ini hanya akan berhasil sekiranya orang ramai mendengar arahan yang dikeluarkan dan menjaga kebersihan diri dan mengurung diri di kediaman masing-masing. Jangan jadikan perintah darurat ini sesuatu yang sia-sia hanya kerana anda tidak mahu mendengar arahan yang dikeluarkan.

Artikel berkaitan: Hanya Bermodalkan RM11 Sahaja Anda boleh Buat Sendiri ‘Hand Sanitizer’ Dengan Dua Bahan Ini Sahaja

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...