“Apa Teruk Sangat Ni, Boleh Gelak Pula Tu..” – Netizen Kesal Ramai Tak Tahu Nama Penuh Nabi Muhammad SAW

Kehidupan

“Apa Teruk Sangat Ni, Boleh Gelak Pula Tu..” – Netizen Kesal Ramai Tak Tahu Nama Penuh Nabi Muhammad SAW

Baru-baru ini, tular satu video di platform TikTok memaparkan eksperimen sosial yang mengajukan soalan kepada orang ramai sama ada tahu ataupun tidak nama penuh tokoh penting dalam Islam iaitu Nabi Muhammad SAW.

Pemilik video iaitu @dventuressg telah melakukan eksperimen sosial terhadap orang awam ketika berada di Singapore Expo.

Advertisement

Ramai tak tahu nama penuh Nabi Muhammad SAW

Pada mulanya, lelaki yang mengajukan soalan itu bertanya tentang nama penuh figura terkenal dan individu yang ditanya perlu menyambung nama penuh figura terbabit.

Individu-individu yang ditanya mengetahui semua nama figura terkenal itu tetapi hal yang membuatkan netizen berasa kesal apabila mereka tidak dapat jawab nama penuh Nabi Muhammad SAW.

Selepas ramai yang tidak dapat menjawab soalan itu, lelaki yang menanyakan soalan itu berkata Nabi Muhammad SAW merupakan nabi paling penting yang pernah lahir di muka bumi ini.

Bahkan berkata penting untuk orang ramai mengetahui tentang Baginda berbanding dari ibu bapa sendiri.

Netizen kecewa

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen berasa kesal kebanyakkan anak muda tidak mengenali seseorang yang amat penting dalam sejarah Islam.

komen

Dalam pada masa yang sama, turut berasa malu bagi pihak individu-individu yang tidak mengetahui nama penuh Nabi Muhammad SAW.

mawla amin
4 months ago

"Dia Ambil Kesempatan & Perdaya Pengikut Di Asia Selatan" - Kerajaan Maghribi Sahkan 'Mawla Amin' Bukan Warganegara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...