“Apa Tak Habis-Habis Cerita Tentang Kahwin Ini?” – Erra Fazira

Hiburan

“Apa Tak Habis-Habis Cerita Tentang Kahwin Ini?” – Erra Fazira

Tiada angin, tiada ribut, nama Erra Fazira hangat diperkatakan netizen pada pagi ini apabila tular mengenai berita perkahwinanya dengan seorang ahli politik tanah air.

Erra Fazira
3 years ago

Erra Fazira Sudah Kahwin Dengan Ahli Politik, Jadi Isteri Kedua?

Advertisement

Meskipun tidak mempunyai bukti yang sahih, rata-rata netizen mempercayai khabar angin berkenaan selepas ianya hebat dibincangkan di media sosial.

Tidak mendiamkan diri, Erra sepertinya menjawab khabar angin berkenaan menerusi satu hantaran di Instagram. Daripada entri itu, pelakon berkenaan dilihat enggan mengambil pusing mengenai dakwaan netizen tersebut.

Apa, tak habis-habis cerita tentang kahwin ini? Apapun, manusia memang suka bercakap, jadi biarkan sahaja mereka berseronok.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Erra Fazira (@errafazira)

Nampaknya Erra telah menafikan perkhabaran tersebut meskipun tidak menjelaskan mengenainya secara spesifik.

Dalam pada itu, netizen disarankan agar tidak mencetuskan sebarang spekulasi jika tiada sebarang bukti atau kenyataan rasmi daripada pelakon itu.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...