“Apa Sumbangan Dia Sampai Layak Diiktiraf?” – Anugerah Pingat Diraja Rita Rudaini Dipersoal Sesetengah Netizen

Hiburan

“Apa Sumbangan Dia Sampai Layak Diiktiraf?” – Anugerah Pingat Diraja Rita Rudaini Dipersoal Sesetengah Netizen

Pelakon berpengalaman tanah air, Rita Rudaini Mokhtar, 49, menerima satu lagi penghormatan istimewa apabila dikurniakan Pingat Jasa Baik (PJB) oleh Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, sempena ulang tahun keputeraan ke-82 baginda.

Dalam majlis penuh adat yang berlangsung di Istana Arau semalam, Rita tampil menawan menerima anugerah kebesaran negeri Perlis sebagai penghargaan atas sumbangannya dalam bidang lakonan dan juga kerja-kerja amal yang telah dilakukannya sepanjang hampir tiga dekad berkecimpung dalam industri seni tempatan.

Advertisement

Namun begitu, di sebalik kegembiraan dianugerahkan penghargaan daripada Raja Perlis itu, ada juga yang tidak senang duduk malah mempersoalkan sumbangan Rita sehingga layak diiktiraf sedemikian rupa.

Tidak disangkal lagi, Rita dikenali sebagai pelakon serba boleh dan tegas dalam mempertahankan prinsip hidupnya.

Rita menyifatkan anugerah ini sebagai satu pengiktirafan besar bukan hanya untuk dirinya tetapi juga buat dua anak lelakinya yang sentiasa menjadi sumber kekuatannya.

Anugerah ini satu penghormatan besar bukan sekadar untuk diri saya, malah buat dua anak lelaki saya yang selama ini menjadi tulang belakang kekuatan saya.

Bagi Rita, anugerah ini bukan sekadar suntikan semangat untuk terus berkarya, tetapi juga memperkukuh pendiriannya untuk terus berpegang pada nilai integriti dalam setiap karya seni. Beliau berharap anugerah ini menjadi pendorong kepada para penggiat seni lain supaya tidak mudah berputus asa, sebaliknya terus berkarya dengan dedikasi dan menjaga maruah insan seni yang sering kali dipandang ringan oleh sesetengah pihak.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

bella astillah syed saddiq
2 hours ago

Setia Menemani, Bella Astillah Hadir Ke Mahkamah Rayuan Putrajaya Tanda Sokongan Buat Syed Saddiq

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...