Apa Sebab Neelofa, Ayda jebat dan Zahirah Mcwilson Memilih Oppo? Ikuti Pembongkaran Penuh Ekslusif Ini

Hiburan

Apa Sebab Neelofa, Ayda jebat dan Zahirah Mcwilson Memilih Oppo? Ikuti Pembongkaran Penuh Ekslusif Ini

Semenjak dua menjak ini, ramai betul selebriti-selebriti tanah air yang dah jatuh cinta dengan telefon Oppo. Memang tak lepas telefon Oppo di tangan Neelofa, Zahirah McWilson, Ayda Jebat dan Elfira Loy. Semuanya sibuk ber’selfie’ untuk tatapan para peminat mereka. Masing-masing dengan gaya unik tersendiri.

image

Advertisement

image

image

image

Mesti ada “something special” tentang Oppo yang membuatkan ia menjadi pilihan kebanyakan artis Malaysia. Enggan membiarkan diri ini diselubungi misteri, Abang Nara telah membuat sedikit kajian tentang Oppo F9, smartphone terbaru daripada Oppo yang bakal dilancarkan di Malaysia pada 16 Ogos (Khamis) ini. First thing first, Abang Nara memang terkejut besar apabila pertama kali melihat gambar Oppo F9 nie. Mana taknya, ada titisan air pada skrinnya. Fuh!!!

image

Ini bukanlah satu kecacatan atau kerosakan tetapi feature terbaru yang ada HANYA pada Oppo F9 dan pasti membuatkan smartphone anda kelihatan lebih bergaya, unik dan menarik. Dengan skrin sebesar 6.3 inci (90.8% permukaan hadapan peranti adalah skrin), Oppo F9 menjanjikan satu pengalaman visual yang baru buat para penggunanya. Sekali tengok pun dah terus jatuh cinta dibuatnya!!!

image

Bakal dilancarkan di Malaysia pada 16 Ogos ini, Oppo F9 akan hadir dengan 3 pilihan warna “gradient” yang pasti akan membuatkan anda terpikat. Warna-warnanya ialah Sunrise Red (gabungan warna merah dan purple), Twilight Blue (gabungan hitam dan biru) dan juga Starry Purple (diinspirasikan daripada alamsemulajadi). Semuanya cantik-cantik dan menggoda!!!

image

image

image

Namun satu perkara terbaru tentang Oppo F9 yang paling Abang Nara suka ialah fungsi VOOC Flash Charge. Dengan tagline “5 minit pengecasan, 2 jam penggunaan”, VOOC mempunyai 5 lapisan keselamatan dan menggunakan MCU sebagai pengganti kepada “voltage reducing circuit” bagi memastikan tiada “overheating” berlaku serta membolehkan anda bermain Oppo F9 ketika sedang mengecas. Paling penting, skrin Oppo F9 tidak akan tertutup secara automatic ketika pengecasan pantas berlaku seperti sesetengah smartphone yang lain. Terbaik gila-gila kan?

image

Kehebatan kamera Oppo F9 tidak perlu dipertikaikan lagi. Memang ia adalah salah satu smartphone terbaik untuk anda ber’selfie’ dengan adanya fungsi sensor HDR pada kamera hadapannya yang dijana dengan 25MP A.I Beauty 2.1. Kamera belakangnya mempunyai 2 kamera (16MP+2MP) untuk memastikan setiap keeping gambar yang diambil cun melecun. Siap ada artistic portrait mode lagi. Bolehlah berlagak macam jurugambar professional!!

image

image

Banyak lagi sebenarnya fungsi-fungsi menarik Oppo F9 yang bakal mencuri hati anda. Tapi takkanlah Abang Nara ceritakan semuanya kan? Kenalah tunggu 16 Ogos ini di mana duta Oppo iaitu Neelofa sendiri akan hadir untuk merasmikan pelancaran Oppo F9 untuk para pengguna Malaysia kira-kira jam 3.50 petang. Penyanyi popular Taiwan Eric Chou juga akan turut hadir sebagai tetamu istimewa.

image

Anda WAJIB tengok majlis pelancaran ini secara LIVE di internet dan kongsikan pautan tersebut kepada rakan-rakan kerana ada peluang untuk memenangi sebuah Oppo F9 secara PERCUMA. Boleh pilih salah satu cara di bawah untuk menyaksikan detik-detik kehadiran Oppo F9 di Malaysia:-

P.S: Hanya mereka yang menonton dan berkongsi pautan di Facebook sahaja berpeluang menenangi Oppo F9 ini. Kat YouTube tak diambil kira ye.

FACEBOOK: https://www.facebook.com/malaysiaoppo/
YOUTUBE: https://www.youtube.com/user/OPPOMalaysia

Kalau dah tak sabar sangat dan memang nak BELI terus Oppo F9 ini, silalah ke : http://www.oppostore.com.my/ untuk melakukan pre-order SEKARANG juga. Paling best ada HADIAH bernilai RM299 untuk mereka yang pre-order (selagi stok masih ada). Memang berbaloi-baloi.

image

Untuk maklumat lanjut tentang Oppo F9, silalah layari http://www.oppostore.com.my/

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...