Penyanyi dan pelakon, Daiyan Trisha sering mencuri tumpuan dan menerima pelbagai kritikan pedas daripada netizen terutamanya tentang pemakaiannya yang seksi.
Daiyan bagaimanapun berkata, dia memilih untuk tidak lagi membaca komen-komen daripada netizen di media sosial dan hanya fokus kepada kerja.
Kata penyanyi berusia 32 tahun itu, dia sudah lali dengan tanggapan masyarakat terhadap pemakaiannya yang tidah habis-habis menjadi isu.
Sekarang saya dah tak baca komen netizen di media sosial, sebab kalau saya baca pun berkaitan isu yang sama.
View this post on Instagram
Dalam pada itu, pemenang kategori Selebriti Stailo Terhangat dan Anugerah Melodi Terhangat baru-baru ini berkata dia tetap akan menjadi diri sendiri.
Namun kata Daiyan dia kini memilih untuk melihat setiap kritikan diberikan terhadapnya daripada sudut yang positif sahaja.
Ada anugerah atau tiada, bagi saya sama sahaja. Setiap perkara yang saya buat akan dipersoalkan tapi saya akan ambil ianya sebagai perkara positif. Saya akan cuba terima dan jadi lebih baik.