Aktor muda, Meerqeen tidak cepat melatah dengan kritikan atau kecaman yang dilontarkan kepadanya berhubung sebuah video tular yang memaparkan dirinya berdialog dalam Bahasa Indonesia dalam sebuah drama negara seberang itu.
Terima dengan hati terbuka
Menurut Meerqeen atau nama penuhnya Muhammad Shauqeen, 23, dia menerima kritikan netizen itu dengan hati yang terbuka. Baginya yang sudah menceburi bidang lakonan sejak enam tahun lalu, apa sahaja yang dilakukan pasti akan ada sesetengah pihak yang tidak berpuas hati.
Apa yang saya buat akan ada sahaja orang yang bercakap, saya dah masuk enam tahun berada dalam industri ini, jadi bagi saya terima sahaja lah.
Banyak lagi yang ada, tapi mungkin orang fokus on negative side jadi bagi saya tidak mengapa.
View this post on Instagram
Hadiri kelas untuk belajar
Tambahan pula, pelakon Melur Untuk Firdaus ini turut mendedahkan penggambaran drama tersebut telah dilakukan tiga tahun lalu. Dia juga telah menghadiri kelas untuk belajar bertutur bahasa Indonesia. Meskipun menerima kecaman, bintang muda ini berasa lega apabila karyanya diterima baik penonton di Indonesia.
Itu adalah hari pertama saya shooting, drama tersebut saya shoot tiga tahun lalu, kami di sana untuk shooting dan saya juga ada masuk kelas untuk bertutur bahasa Indonesia.
Bagi saya bila orang di Indonesia dapat terima apa yang saya sajikan saya dah okay sebab saya dah buat lah kerja saya.
@beautifulnara♬ original sound – Beautifulnara.com
Terdahulu, keratan video yang sempat tular di media sosial itu merupakan babak dalam dramanya bertajuk Modus Operandi yang dihasilkan pada tahun 2022.