“Apa Salahnya Bukan Bogel Pun…” – Kak KM Tak Kisah Ramai Kecam Aksi Merangkak Promosi Program TV

Trending

“Apa Salahnya Bukan Bogel Pun…” – Kak KM Tak Kisah Ramai Kecam Aksi Merangkak Promosi Program TV

Usahawan dikenali sebagai Kak KM memberi respon terhadap kecaman ramai kerana dikatakan membuat aksi tidak senonoh ketika mempromosikan sebuah rancangan televisyen baru-baru ini.

kak km
2025-08-01 14:48:42

"Memang Tak Rasa Malu Ke? Tak Perlu Nak Meluc*h" - Promosi 'Show' Baru, Aksi 'Spontan' Kak KM Dikecam

Advertisement

Kata Kak KM, aksi tersebut bukanlah sengaja dibuat tetapi dilakukan atas tuntutan kerja dan merupakan permintaan pihak stesen televisyen.

Jelas Kak KM, semua kelakuannya yang dikatakan tidak senonoh dan sebagainya itu hanya content semata-mata dan bukanlah dilakukan untuk mendapatkan perhatian

Apa yang saya buat semuanya sebab kerja, content semata-mata. Tak ada nak tarik perhatian sesiapa. Sebab itu sebenarnya trademark Kak KM.

Kak KM

Dalam pada itu, usahawan berkenaan juga berpendapat tidak ada salahnya melakukan sedemikian dan tidak kisah ada yang mengatakan Kak KM digunakan untuk menaikkan rating.

Dah diminta begitu, apa salahnya. Bukannya kita bogel pun kan? Kak KM tak tumpang populariti orang lain. Tapi orang lain tumpang populariti Kak KM. So what? Apa salahnya. Bagi saya itu win-win situation.

Tambahnya, tawaran untuk mempromosikan program televisyen sebagai satu peluang untuknya kerana tidak semua mengenali siapakah dirinya.

Kak KM juga tidak peduli dengan kata-kata dan komen netizan yang mengkritiknya tidak tahu malu dek kerana sering melakukan aksi tidak senonoh.

Kak KM

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...