Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Apa Salah Saya Papa?” Keliru Makan Jauh Dari Kawan, Ini Cara Lee Chong Wei Jelaskan Mengenai Bulan Ramadan Pada Anak

Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mempunyai cara tersendiri dalam menjelaskan mengenai bulan Ramadan kepada anak sulungnya, Kingston Lee yang kini berusia lapan tahun.

View this post on Instagram

A post shared by Datuk Wira Lee Chong Wei (@leechongweiofficial)

Advertisement

Di saat seluruh dunia baru sahaja menyambut bulan Ramadan, Lee Chong Wei berkongsikan cerita mengenai anaknya itu yang keliru kerana dikehendaki makan berjauhan daripada rakan-rakannya ketika waktu rehat di waktu persekolahan.

Perkara itu dikongsikan bapa kepada dua anak itu menerusi sebuah hantaran di Facebooknya, baru-baru ini.

Menggelar Kingston sebagai Koko, anak kecil itu mempersoalkan mengapa dua sahabat berbangsa Melayu enggan lagi makan bersamanya.

FB Chong WeiSumber : Facebbok Lee Chong Wei  

“Apa salah saya papa?” tanya Kingston kepada Lee Chong Wei.

“koko @kingstonleekc, you tak salah. Kawan-kawan you tu sebenarnya dah start puasa. Dan cikgu suruh makan di tepi sebagai tanda penghormatan kepada kawan-kawan yang tengah berpuasa tu. Jadi kamu kena nasihat kawan-kawan Cina India lain, mesti sokong kawan-kawan Melayu ini menjalankan ibadah puasa. Kena bertolak ansur dan hormat sesama lain..”

Advertisement

Meskipun pada awalnya Kingston menunjukkan sikap memberontak, setelah memberi penjelasan dengan sebaiknya, anaknya itu seakan memahami kewajipan yang mesti dipenuhi umat Islam ketika ini.

Jaguh badminton itu turut memaklumkan kepada Kingston bahawa jika tiada sikap tolak ansur sesama mereka, rakan-rakan yang lain mungkin tidak mahu berkawan lagi dengan anaknya itu.

Lee Chong WeiSumber : Facebook Lee Chong Wei  

Dalam hantaran yang sama, Datuk Lee Chong Wei turut memuat naik fotonya yang segak bergaya memakai baju melayu berona biru lengkap bersampin dengan ucapan selamat menyambut Ramadan kepada seluruh umat Islam di negara ini.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

6 Comments

  1. Bee Bee

    April 15, 2021 at 7:32 am

    asal aku pula menitiskan air mata pagi-pagi ni.

    • Phoenix31179

      April 15, 2021 at 8:13 am

      OK ada kawan, ingatkan saya seorang..Tetiba rasa tertitis air mata..Tapi memang pantas tangan Datin Mew Choo

    • bulan

      April 15, 2021 at 9:52 am

      samala sebak jugak,tapi ayat bawah tu kelakar la plak hahahhahah.

  2. girls out

    April 14, 2021 at 2:33 pm

    tq so much on your explanation to your kids. ya kita menghormati satu sama lain dan bagus didikan awak terhadap ank awak. we have to support each other dan yg penting sikap tolak ansur.

  3. tecit

    April 14, 2021 at 2:33 pm

    trime kasih dato LCW our humanity is reserved because of you jaguh served meh

  4. Anonymous

    April 14, 2021 at 1:18 pm

    HAHAHHAA BAGAI KACA DI TIMPA BATU

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama