Tular sebelum ini mengenai kisah Puan Afiza Awang, seorang wanita OKU berusia 50 tahun, dikejutkan apabila mendapati simpanan KWSP miliknya telah habis dikeluarkan sejak 2016, sedangkan beliau baru layak membuat pengeluaran.
Suaminya juga dipercayai memaksa beliau menandatangani borang poligami sebelum berkahwin lagi.
Keluarga mendakwa wang KWSP Puan Afiza dikeluarkan tanpa pengetahuannya dan kini menuntut siasatan serta keadilan. Netizen mengecam tindakan suami yang dianggap kejam, manakala luahan hati anak dan menantu di media sosial turut menarik perhatian ramai.
Dalam hantaran tersebut, menantu suami Puan Afiza berkata dia tidak memahami punca sebenar bapa mentuanya bersikap seperti itu sedangkan di awal dia masuk ke dalam keluarga itu seakan semuanya baik-baik sahja.
I tak tahu la dad, apa yang akan terjadi selepas ni, but I tahu apa I nak. I nak you berbuat baik dengan mummy, jaga dia, sayang dia sebagai suami, you nak ada isteri baru tak salah, i tak marah, ain pon tak marah, its because of how unfair you are.
Duit mummy tu we know its nothing to you, considering how much you make, but why buat dia dan kita macam ni… apa salah kita dad… I really want to know… I dan ain tak pernah burukkan you since this past 2 years, but you burukkan kita kat kawan2 you, kita still maafkan.
Dalam hantaran tersebut, menantu Puan Afiza turut memuat naik foto serta video bapa mentuanya bermesra seperti keluarga bahagia.
Perkongsian itu kemudian membuatkan ramai netizen berasa sebak dan sedih dengan apa yang menimpa keluarga itu hanya disebabkan wang ringgit.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.