Apa Salah Jual Karipap? – Almy Nadia

Hiburan

Apa Salah Jual Karipap? – Almy Nadia

Kesian Abang Nara tengok Almy Nadia dikutuk kerana kononnya cuba mencari publisiti dengan menjaja cerita dirinya menjual karipap akibat tiada tawaran lakonan. Biarlah Almy Nadia nak jual karipap ke, apam balik ke, sotong kering ke, asalkan kerja tersebut halal. Lagipun Almy menjual karipap bersama ibunya. Dapat lagi pahala tolong mak bapak.

almy nadia

Advertisement

Respek Abang Nara terhadap Almy Nadia semakin bertambah apabila membaca kata-katanya yang dikeluarkan menerusi Harian Metro semalam. Abang Nara nampak Almy ini seorang gadis yang jujur, cekal dan bijak. Untunglah Fizz Fairuz dapat bakal isteri sebegini. Kata Almy:-

Saya bukannya jual dadah, jadi untuk apa saya berasa malu. Saya tidak tahulah kalau ada artis lain yang malu menjadi penjual karipap tetapi bagi saya berniaga adalah sesuatu yang biasa buat kami sekeluarga kerana saya orang kampung.

Kalau dalam kenyataan sebelum ini saya ada menyebut perkataan terpaksa itu bukan bermakna saya menjalankan perniagaan ini dengan keadaan terpaksa. Saya ikhlas membantu ibu saya.

Kadang-kadang orang salah tafsir dengan kehidupan artis yang sering disangkakan mewah dan banyak duit. Walhal mereka juga manusia biasa yang ada masanya dilanda kesulitan hidup

almy nadia

Sesungguhnya menjual karipap adalah usaha yang lebih murni daripada sikap sesetengah manusia zaman sekarang yang sanggup menjual tubuh badan untuk mencari wang. Kepada Almy Nadia, anda memang hebat. Mungkin Almy selepas ini boleh lebih serius dalam bidang perniagaan. Cubalah jual produk kecantikan. Abang Nara yakin pasti laku macam pisang goreng panas.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...