“Apa Salah Diyana Tahir Buka Baju Dan Menari Eksotik Di IDCC?” – Hantaran Pengikut Taksub eHati Jadi Tumpuan Ramai

Trending

“Apa Salah Diyana Tahir Buka Baju Dan Menari Eksotik Di IDCC?” – Hantaran Pengikut Taksub eHati Jadi Tumpuan Ramai

Baru-baru ini, program eHati yang dikendalikan oleh seorang pakar intimasi dan perhubungan yang dikenali sebagai Diyana Tahir di IDCC Shah Alam telah mencetuskan kontroversi besar.

Difahamkan, program eHati menampilkan sesi motivasi khas untuk wanita, dikenali melalui pelbagai aktiviti seperti Queen Session — satu sesi eksklusif bagi peserta wanita sahaja di mana kononnya dimaksudkan untuk memperkasakan emosi dan jiwa para wanita bergelar isteri khususnya.

Advertisement

Dalam satu rakaman tular berkenaan ceramah tersebut, Diyana tampil dengan pakaian glamor sambil membuat persembahan penuh gaya, siap dengan gerakan badan yang dikatakan ‘terlalu menggoda’ bagi sesetengah pihak.

diyana tahir eHati

Terbaru, satu hantaran daripada sebuah page Facebook tampil mencuri tumpuan ramai.

Dalam hantaran tersebut, pengendali akaun tersebut menganggap niat Diyana adalah untuk meningkatkan keyakinan para wanita yang sering terluka dengan sikap suami.

Apa salah Diyana Tahir buka baju dan menari eksotik di IDCC Shah Alam dalam program eksklusif eHati?Diyana Tahir adalah permaisuri, pengasas eHati, semua wanita selamat berada di dalam pelukannya.

Lagi pun Diyana Tahir wajar diangkat sebagai Cleopatra moden kerana beliau bukan sahaja cantik malah bijak.

Diyana tahir

Kepada masyarakat di luar sana, stop kecam Diyana Tahir kerana tanpanya, mungkin ramai wanita tamatkan riwayat hidup.

Ingat.Kenapa eHati sangat tekankan keperluan dan kepuasan batin? Kerana ia mampu buatkan kita jadi lebih yakin dan berani.Lelaki cuma cemburu kerana mereka tiada program seperti kita ini. Kalau ada pun, kena ambush macam baru-baru ini.

Perkongsian tersebut ternyata telah menuai pelbagai kritikan masyarakat yang menganggap page tersebut begitu taksub dengan penganjur bernama Diyana Tahir itu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2025-07-15 12:29:38

Pengasas eHati Tampil Bersuara, Nafi Semua Tuduhan - "Kami Bantu Semua Wanita Hadapi Cabaran Hubungan Suami Isteri"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...