“Apa Salah Anak Ni, Cukup-Cukup Lah Share Video Raikan Anak Baru” – Cik Pia Kesal Bosskay Langsung Tak Jenguk Anak-Anak?

Kehidupan

“Apa Salah Anak Ni, Cukup-Cukup Lah Share Video Raikan Anak Baru” – Cik Pia Kesal Bosskay Langsung Tak Jenguk Anak-Anak?

Individu yang dikenali ramai di media sosial, Cik Pia meluahkan rasa kecewa terhadap bekas suami, Bosskay yang didakwa langsung tidak menjenguk anak mereka sejak mendirikan rumah tangga bersama Tash Yong.

Anak kandung langsung tak dijenguk

Melalui video yang dimuat naik oleh Cik Pia di platform TikTok baru-baru ini, dia berasa sedih melihat nasib yang menimpa anaknya sejak kecil lagi.

Advertisement

Anak yang tak diazankan, anak yang tak ditanya khabar, anak yang tak dihiraukan oleh bapa dan keluarganya. Anak ini tak berdosa dengan sesiapa pun. Tapi anak ini dijadikan sebagai sebab untuk melihat kejatuhan saya. Apalah salah anak ini?

@cikpia_phoenixempire Ank yg tak diazankan ank yg tak ditanya khabar ank yg tak dihiraukan oleh bapak & keluarganya..ank ini tak berdosa dgn sesiapapun..Ank yg lahir dr cinta yg ditagih kembali..Ank yg dilahirkan dgn kemaafan yg hakikatnya sgt sakit utk terima kembali..Tp ank ini dijadikan sbg sebb utk melihat kejatuhan saya..Apalah salah ank ini? ketika ank ini lahir mami pertahankan nasab supaya ank mami ber”binkan” nasabnya..tp apakah dosa ank ini sehingga kehari ini tak pernah melihat nasabnya..Mami harap satu hari nnt Arumi tidak berdendam..mami akn sentiasa pastikan arumi faham keadaan yg tlh berlaku..Melihat bapak die ade ank lagi hati perempuan saya pasti terasa krn apa salah ank2 saya sehingga mereka diabaikan…cukup2 la share video mereka yg meraikan ank baru mereka..jagalah hati & perasaan saya..sye tahu niat baik korg nk bgtau kt saya..tp hati sye sgt hancur krn saat sye melahirkan arumi die tak diraikan oleh family seblh bapak pun..maaf sye dlm fasa utk bangkit jgn buat sye down semula okey!!!#fyp #fypシ゚viral #viralvideo #fypage #cikpia #norsufiajohari #trending #singlemother #arjunarumi #shepiadessert #bukansekadardessert #wanitabangkit ♬ suara asli – Penikmat Musik – Dhy AES Store

Dalam pada itu, Cik Pia atau nama sebenarnya, Nor Sufia Johari mengimbas kembali momen dirinya bersusah payah berbinkan nasabnya itu di Jabatan Pendaftaran Negara selepas mendakwa bekas suami langsung tak beri kerjasama bersama.

Berhenti hantar video anak baru Bosskay

Cik Pia juga meminta agar netizen berhenti menghantar video kelahiran cahaya mata baru Bosskay bersama Tash Yong kerana memberi kesan kepada emosinya.

Cukup-cukup la share video mereka yang meraikan anak baru mereka. Jagalah hati perasaan saya. Maaf saya dalam fasa untuk bangkit, jangan buat saya lemah semula.

Cik pia bosskay
1 year ago

"Dia Buang Saya Dari Syarikat, Habiskan Duit, Ada Perempuan Lain" - Cik Pia Dedah Pengkhianatan Bosskay Sepanjang Perkahwinan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...