Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Apa Sahaja Yang Saya Buat Semua Demi Anak” – Isteri Abam Bocey Komen Isu Saman Ali Puteh

Memilih untuk tidak mengulas lebih lanjut mengenai isu saman yang dikeluarkan adik iparnya, Ali Puteh. balu arwah Abam, Nor Hidayah Mohd Ali, percaya kebenaran pasti akan terbongkar suatu hari nanti.

"Apa Sahaja Yang Saya Buat Semua Demi Anak" - Isteri Abam Bocey Komen Isu Saman Ali Puteh

Advertisement

Biarpun sebelum ini dikritik pelbagai pihak di atas segala dakwaan yang dilontarkan kepadanya suatu ketika dahulu, namun, Hidayah kini dilihat tetap matang dalam berkata-kata.

“Buat masa sekarang ini, saya nak diamkan diri dulu. Nanti akan tahu juga perkara yang sebenar.”

Ujar Hidayah, segala yang dilakukannya hanyalah semata-mata untuk anaknya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey.

"Apa Sahaja Yang Saya Buat Semua Demi Anak" - Isteri Abam Bocey Komen Isu Saman Ali Puteh

“Saya hanyalah ibu tunggal yang mencari rezeki dengan titik peluh sendiri menjual cempedak goreng untuk menyara anak.”

Advertisement

Terdahulu, Pelawak Ali Puteh mengakui mengeluarkan saman terhadap kakak iparnya dan jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman.

Menurut Ali saman balas tersebut sebagai tindakan balas Hidayah yang mengeluarkan saman terhadapnya terlebih dahulu.

"Apa Sahaja Yang Saya Buat Semua Demi Anak" - Isteri Abam Bocey Komen Isu Saman Ali Puteh

Malah, Hidayah sebelum ini mengaku membawa duit tabung berisi wang kertas didakwa hasil tabungan bersama Allayarham suami dan empat utas jam tangan keluar dari rumah. Beliau juga khabarnya telah mengeluarkan wang berjumlah RM10,000 dari akaun bank milik Allahyarham dan mendakwa telah memasukkan kesemuanya ke dalam akaun anaknya.

Sekadar informasi, sebelum ini Hidayah telah sah menjadi isteri kepada Allahyarham Abam pada 8 Disember 2017. Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan cahaya mata lelaki, yang kini berusia setahun dua bulan.

Sumber: Gempak

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

14 Comments

  1. Abg Black

    August 28, 2020 at 10:58 am

    kesian balu tersepit.
    nk duit demi teruskan hidup.
    sekali Ali dtg saman.

  2. Anonymous

    August 27, 2020 at 6:24 pm

    ada mana2 lawyer yg boleh bantu balu abam ni ke? please step in front…Moga dipelihara dr segala aniaya

  3. Anonymous

    August 27, 2020 at 4:21 pm

    rasanya c ali ni dah dapat bahagian dia ke belum ek? kalau belum buat pembahagian rasanya boleh rujuk ke mahkamah syariah untuk pmbahagian harta. hak seorang anak lelaki tu 1/2 drpd harta c mati. takkan la semua nak d bolot..

    • kussemangat

      August 28, 2020 at 11:59 am

      ali takde hak langsung..anak lelaki abam sebagai pendinding..hak dia aje lebih separuh iaitu 13/24 bahagian..tapi abam masih ada mak n ayah, maka mak n ayah abam masing2 dapat 1/6 bahagian..isteri abam dpt paling sikit iaitu 1/8 bahagian..tapi isteri abam sebagai pemegang amanah utk anak abam 13/24 bahagian tadi tu..SEPATUTNYA ISTERI ABAM YG BUAT URUSAN FARAID NI..sebab dia waris & pemegang amanah utk anak abam..bukan si Ali..Ali nampak sgt cari peluang buat duit..anak isteri tak bekerja, duit sara diri pun si Ali nak masukkan dalam faraid..agama mana dia belajau?

  4. Anonymous

    August 27, 2020 at 3:40 pm

    10000 pun kecoh. Bukan boleh kaya pun. Cuma untuk persediaan membesarkan anak. Survival. 10000 nak bayar yuran kolej pun tak habis Ali oi.

  5. endo

    August 27, 2020 at 2:58 pm

    untuk anak abam pun.. kalau mak anak abam tu susah, tak ke susah anak abam tu skali. hegeh2.

    tak yah ckp sbb video tular aliff shukri la.. before that lagi orang dah cemuh. amik la harta anak yatim tu.dengki sgt ke tgk bini arwah amik harta suami? mmg harta suami harta isteri pun bila dah kawen. dah meninggal, bagi la zuriat dia hidup weih.. sian arwah

    • endo

      August 27, 2020 at 3:01 pm

      alamak tertekan komen tadi. tapi apa2 pun, aku doakan korang boleh settle luar mahkamah..

      abang abam mestila jaga mak, mak abam jgk tu. wife abam jaga anak. dua2 maybe try settle yang terbaik. tapi kita senang salah paham kan terutama time sedih. inshaAllah Allah peliharakan harta tu cara terbaik.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top