“Apa Sahaja Yang Saya Buat Semua Demi Anak” – Isteri Abam Bocey Komen Isu Saman Ali Puteh

Hiburan

“Apa Sahaja Yang Saya Buat Semua Demi Anak” – Isteri Abam Bocey Komen Isu Saman Ali Puteh

Memilih untuk tidak mengulas lebih lanjut mengenai isu saman yang dikeluarkan adik iparnya, Ali Puteh. balu arwah Abam, Nor Hidayah Mohd Ali, percaya kebenaran pasti akan terbongkar suatu hari nanti.

"Apa Sahaja Yang Saya Buat Semua Demi Anak" - Isteri Abam Bocey Komen Isu Saman Ali Puteh

Advertisement

Biarpun sebelum ini dikritik pelbagai pihak di atas segala dakwaan yang dilontarkan kepadanya suatu ketika dahulu, namun, Hidayah kini dilihat tetap matang dalam berkata-kata.

“Buat masa sekarang ini, saya nak diamkan diri dulu. Nanti akan tahu juga perkara yang sebenar.”

Ujar Hidayah, segala yang dilakukannya hanyalah semata-mata untuk anaknya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey.

"Apa Sahaja Yang Saya Buat Semua Demi Anak" - Isteri Abam Bocey Komen Isu Saman Ali Puteh

“Saya hanyalah ibu tunggal yang mencari rezeki dengan titik peluh sendiri menjual cempedak goreng untuk menyara anak.”

Terdahulu, Pelawak Ali Puteh mengakui mengeluarkan saman terhadap kakak iparnya dan jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman.

Menurut Ali saman balas tersebut sebagai tindakan balas Hidayah yang mengeluarkan saman terhadapnya terlebih dahulu.

"Apa Sahaja Yang Saya Buat Semua Demi Anak" - Isteri Abam Bocey Komen Isu Saman Ali Puteh

Malah, Hidayah sebelum ini mengaku membawa duit tabung berisi wang kertas didakwa hasil tabungan bersama Allayarham suami dan empat utas jam tangan keluar dari rumah. Beliau juga khabarnya telah mengeluarkan wang berjumlah RM10,000 dari akaun bank milik Allahyarham dan mendakwa telah memasukkan kesemuanya ke dalam akaun anaknya.

Sekadar informasi, sebelum ini Hidayah telah sah menjadi isteri kepada Allahyarham Abam pada 8 Disember 2017. Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan cahaya mata lelaki, yang kini berusia setahun dua bulan.

Sumber: Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...