‘Apa Rasa Makanan Kucing?’ Curious Punya Pasal, Ini Reaksi Influencer Kepada Video Carian Viral

Branded

‘Apa Rasa Makanan Kucing?’ Curious Punya Pasal, Ini Reaksi Influencer Kepada Video Carian Viral

Baru-baru ini kecoh di media sosial klip pendek carian soalan random yang dipaparkan di billboard lebuh raya. Agaknya siapa punya kerjalah tu?

Ramai netizen yang terhibur dan tak kurang juga tertanya-tanya, memang ada ke orang yang tertanya-tanya jawapan untuk soalan-soalan macam tu?

Soalan random, tapi legit

‘Siapa M Nasir?’

‘Apa rasa makanan kucing?’

Bro, seriuslah? Memang nak rasa ke makanan kucing? Takkan M Nasir tak kenal?

Sedap ke makanan kucing?

 

View this post on Instagram

 

A post shared by J (@isawkwardguy)

Video viral itu rupanya turut menarik perhatian influencer, J. Yalah, siapa je tak pelik ada orang nak tahu rasa makanan kucing. Alright tak alright tu?

Menurut J, disebabkan soalan pada billboard itu, dia juga turut tertanya-tanya apa sebenarnya rasa makanan kucing tu. Sedap ke? Kalau tak sedap takkan la anak bulus selera sangat makan kan?

Tanpa berlengah, J guna cara yang agak berbeza, dia tanya je Gemini apa rasa makanan kucing.

‘Rasa tawar dan sedikit rasa besi’ – Begitulah jawapan dari Gemini.

‘Ya, manusia boleh makan makanan kucing tapi tidak disarankan untuk berbuat demikian’ – Jawab Gemini lagi selepas ditanya J.

Permudahkan hidup dengan Gemini

Err, bukannya nak tahu pasal rasa makanan kucing hari-hari pun? Mesti ramai yang fikir macam ni?

Tak guys, apa saja soalan yang korang curious nak tahu, tanya je Gemini, mesti ada jawapan punyalah. Contohnya, dah keluar rumah, aik kenapa zip handbag sangkut pulak ni?

Mujur ada Gemini, lebih senang!

Apa itu Gemini

Gemini adalah AI Model canggih yang didapati pada Samsung Galaxy S25. Kecerdasan buatan ini boleh berinteraksi dengan suara, teks dan gesaan kamera (camera prompt) secara lancar tanpa sebarang gangguan.

Gemini Live pula cara baru untuk berborak dengan Gemini dengan menggunakan suara seperti berbual dengan rakan.

Nak brainstorm idea? Belajar bahasa asing? Atau nak minta tolong buat rumusan bagi artikel panjang, Gemini Live sedia membantu korang yang turut menyokong Bahasa Malaysia dan Mandarin. Jadi kalau tak fasih Bahasa Inggeris pun, boleh guna bahasa ibunda.

Tahu tak, model Samsung Galaxy S25 akan dapat guna ciri Gemini Advanced untuk 6 bulan secara percuma tau.

samsung ai talkspot

Kalau korang nak tahu lebih lanjut mengenai Gemini dan Gemini Live ini? Jom beramai-ramai ke The Starhill, Kuala Lumpur dari 21 hingga 27 Mei 2025 ini untuk belajar dan alami sendiri Gemini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...