Apa Rahsia Artis Korea Cantik? Takkanlah Semua Buat Aesthetic Surgery Dekat Sana?

Branded

Apa Rahsia Artis Korea Cantik? Takkanlah Semua Buat Aesthetic Surgery Dekat Sana?

Kami perhatikan ramai yang sudah mula buat segala persiapan untuk sambut bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri tahun ni. Apapun, dalam banyak-banyak persiapan yang kita perlu buat, penjagaan kulit muka juga kena ambil perhatian tau! Korang mesti nak cantik dan hensem macam artis Korea raya ni kan? Hehe.

Tapi betul ke orang Korea buat aesthetic surgery?

Sebenarnya produk kecantikan keluaran mereka pun cukup popular dan berkualiti tinggi. Macam dekat Malaysia kita memang cukup kenal dengan jenama THE FACE SHOP dari Korea Selatan yang sinonim dengan bahan kecantikan dari unsur alam dan semulajadi, mudah meresap ke dalam kulit kita. 

Ini 6 produk signature dan terbaik THE FACE SHOP bagi melengkapkan persiapan korang!

Gold Collagen Luxury Base

Untuk korang yang takut kulit cepat berkedut dan rosak sebab pakai banyak makeup tu boleh guna Gold Collagen Luxury Base ni sebab dia ada partikel emas untuk kesan glowing yang natural dan Hydrolyzed collogen membantu melembabkan kulit serta memperbaiki keanjalan kulit wajah.

Sebelum pakai makeup kena pakai base ni dulu, barulah solekan korang tahan lebih lama dan kulit akan nampak lebih cerah.

InkLasting Foundation Slim Fit

Kalau mencari foundation yang ringan dan boleh menutup segala cela dekat muka tu boleh cuba Ink Lasting Foundation Slim Fit ni. Diperkaya dengan SPF30 PA++ untuk menghindar kulit kita terkena bahaya sinaran matahari. Kandungan alkali juga tinggi, jadi jangan risau dengan masalah muka berminyak.

Menariknya, makeup kita tidak crack dan boleh digunakan untuk concealar juga ok. Foundation inilah yang buatkan artis Korea nampak natural dan cerah bersinar je sepanjang hari.

Mono Cube Eyeshadow

Bila pakai eyeshadow ni memang menyeronokkan sebab kita dapat melukis mengikut cita rasa kita dan walaupun hanya sedikit warna diperlukan, ia tetap dapat membuatkan seseorang kelihatan lebih segar dan ceria.

Dengan konsep macam LEGO kiub ni sangat sesuai la untuk korang yang selalu sibuk ke sana ke sini. Ada lebih dari 80 warna yang berbeza dan lima kemasan sama macam 2-in-1 mascara seperti Matte, Shimmer, Glitter, Jelly dan Dual.

2-in-1 Mascara

2-in-1 mascara dari THE FACE SHOP ni sangat inovatif sebab dia mampu melentikkan bulu mata korang dari akar hingga ke hujung selama 24 jam. Kita boleh dapatkan 5 jenis warna dengan pelbagai variasi teksture dan formula seperti matte, shimmer, glitter, jelly dan dual.

Kalau kita gunakan berus besar ia mampu melentikkan bulu mata dengan kuat dan kalau guna berus lembut, halus dan kecil ia akan melentikkan setiap bulu mata walaupun ia sukar dicapai.

Rouge Satin Moisture

Nampak mewah dan cantik design gincu ni kan? Kalau korang nak tahu, Rouge Satin Moisture ni memang best sebab dia meluncur licin je dekat bibir kita dengan satu sapuan pun dah cukup. Tak payah sapu banyak kali.

Kita boleh pilih banyak variasi warna yang sesuai dengan kulit orang Malaysia ni. Siapa pernah pakai gincu THE FACE SHOP ni mesti tahu yang ia tahan lama dibibir tapi tidak mengeringkan. Ajaib sungguh!

Micro Wear Loose Powder

Loose powder atau orang perempuan selalu sebut bedak tabur ni memang wajib bawa pergi mana-mana sebab bedak bertekstur halus ni dapat pastikan solekan kita tahan lebih lama. Lagi-lagi dalam keadaan panas dan berpeluh bila jalan beraya nanti.

Micro Wear Loose Powder dari THE FACE SHOP ni telah dihasilkan dalam bentuk teksture yang paling ringan dan memberi hasil yang halus je dekat kulit muka. Bahan yang digunakan juga mampu menyerap lebihan minyak tanpa mengeringkan wajah korang.

 

Ada banyak lagi keluaran THE FACE SHOP yang terbaik dan korang boleh dapatkan di thefaceshop.com.my atau boleh pergi terus ke semua cawangan THE FACE SHOP seluruh Malaysia di sini http://malaysia.thefaceshop.com.my/store_locator.php. Nak buat tempahan dari Whatsapp terus pun boleh gais, tekan je link ni http://malaysia.thefaceshop.com.my/store_whatsapp.php.

Apapun, semoga sambutan Hari Raya tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya dan kekal segar sepanjang berada di luar, stay safe. #RelayBersamaJiayou

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...