Sebelum ini, peminat Lofattah merasa teruja kerana khabarnya Neelofa dan Fattah sekali lagi akan bergandingan didalam drama terbaru arahan Michael Ang. Namun, peminat mereka dikejutkan dengan berita Neelofa yang mengesahkan beliau menarik diri daripada berlakon semula dengan Fattah.
Terus-terang, ramai yang tertanya apa sebenarnya yang terjadi kepada Neelofa dan Fattah kerana dalam kenyataan sebelum ini, Neelofa pernah memberitahu beliau tidak mempunyai masalah untuk bekerja dengan Fattah dalam mana-mana drama meskipun mereka dihimpit pelbagai kontroversi.
Walaubagaimanapun, Neelofa baru-baru ini menerusi satu muat naik di akaun Twitter beliau memberitahu, walau apa yang terjadi antara beliau dan Fattah, mereka tetap akan berkawan.
Kami tahu ramai juga yang sudah bosan bukan membaca cerita mereka. Â Sudah tiba masa untuk peminat Lofattah move on dan tidak terlalu mengharapkan Neelofa dan Fattah untuk bercinta dan sebagainya.