Apa Persamaan Anak Malaysia Dulu & Sekarang? Spoiler Alert, Ia Ada Dalam Segelas Susu!

Branded

Apa Persamaan Anak Malaysia Dulu & Sekarang? Spoiler Alert, Ia Ada Dalam Segelas Susu!

Sebagai rakyat Malaysia, kita patut merasa bangga dapat hidup dan membesar dalam masyarakat majmuk yang sentiasa bersatu hati walaupun berbeza bangsa dan budaya.

Kami yakin, semangat ini zahir daripada didikan awal di rumah, di mana setiap keluarga mempunyai cara tersendiri untuk memupuk dan membina institusi kekeluargaan.

Namun, merentasi masa, dari generasi ke generasi, terdapat perbezaan cara dalam membesarkan anak, daripada cara kita memasak, belajar, hinggalah cara memberikan kasih sayang, dan pastinya akan berlaku salah faham.

Apa yang kekal tidak berubah merentasi masa dan tradisi ini adalah cinta yang terjalin pada sesebuah keluarga.

Alang-alang tengah bercerita tentang keluarga ni, korang tahu tak baru-baru ini, Fernleaf ada menghasilkan sebuah siri video berkaitan kekeluargaan tau!

Siri video sosial ini menampilkan tiga buah keluarga berbilang bangsa, menunjukkan cara bagaimana dua generasi dan budaya berbeza mengharungi kehidupan secara berlainan, dalam masa sama meraikan kemesraan dan ikatan unik keluarga Malaysia.

Kalau korang nak tahu lebih lanjut, jom kami kongsikan.

Kasih Sayang Menyatukan Dua Tradisi & Budaya Berbeza

Cuba bayangkan, dua bangsa dan generasi bertemu untuk membina sebuah keluarga baharu, pasti ada banyak salah faham yang akan berlaku betul tak?

Namun, walaupun banyak perbezaan, sekurang-kurangnya pasti ada satu persamaan yang dikongsi. Tonton video di bawah sampai habis untuk ketahui apakah persamaan tersebut.

Cinta Tak Kenal Usia, Bangsa & Agama

Bila sebut tentang anak, para ibu diluar sana pasti mempunyai banyak cinta dan kasih sayang yang ingin ditaburkan, tak kira untuk anak sendiri atau orang lain. Erti kata lain, semangat keibuan.

Antara contoh semangat keibuan yang kita boleh lihat adalah daripada kisah Sridevi. Korang yang sedang membaca ini mesti boleh relate kan?

Memahami Kunci Utama Ikatan Kasih Sayang Menjadi Kuat

Bila dah ada anak sendiri ni, mesti kita nak yang terbaik untuk mereka betul tak? Kalau boleh, kita akan sentiasa sokong dan beri galakan kepada perkara yang mereka minat.

Tapi, lain generasi pastinya mempunyai lain pemahaman dan cara membesarkan anak betul tak? Jadi, apa dasar yang membuatkan generasi yang berbeza ini untuk bersepakat dan setuju dengan cara membina institusi kekeluargaan? Tonton video ini sampai habis.

Daripada kesemua video-video yang korang dah tengok ni, kita dapat lihat walaupun berlainan generasi, umur dan bangsa, pasti ada satu persamaan yang akan dikongsi dalam keluarga iaitu susu Fernleaf.

Memang tak dinafikan, susu Fernleaf telah menjadi pilihan yang dipercayai sejak dulu lagi, serta telah menghubungkan dari generasi ke generasi, menghidupkan setiap detik yang dikongsi bersama.

Selama 40 tahun bertapak di Malaysia, Susu Tepung Fernleaf Full Cream diperbuat dengan 100% susu New Zealand, membekalkan nutrisi semula jadi, sihat, dan selamat kepada setiap keluarga, menjadikan ia pilihan dipercayai merentasi generasi dan bangsa.

Bagaikan seorang Ibu, Fernleaf sentiasa bersama kita mengharungi susah senang kehidupan, memberikan ketenangan, dan kekuatan, persis segelas susu Fernleaf.

Jom sama-sama kita tonton dan hayati mesej disebalik siri video sosial yang dihasilkan oleh Fernleaf ini, sebab mana tahu ia menjadi asbab untuk kita lebih memahami budaya dan tradisi setiap keluarga, dalam masa sama menggalakkan kita untuk sentiasa berkasih sayang antara satu sama lain.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...