Sebelum ini, ramai pihak berasa terkejut setelah mengetahui peserta yang kini sedang menyertai program Famili Duo terlibat dalam satu pertengkaran dengan madunya sehingga melibatkan pihak polis.
Biarpun diasak oleh pihak wartawan untuk mencerita secara lanjut mengenai pertengkaran yang berlaku di restoran mamak itu, Fyna Jebat enggan memberi sebarang kenyataan dah serahkan segalanya kepada pihak berkuasa.
Bukan saja kontroversi bapa mengahwini wanita lain, malah minggu lalu menantu Datuk Zainal Abiddin iaitu Sofia Smeth juga meluahkan rasa kurang senang terhadap suami yang tidak benarkan dirinya berjumpa dengan dua orang anak mereka.
Sememangnya hal yang berlaku dalam satu masa ini membuat ahli keluarga berasa sangat sedih, malah puteri tunggal daripada hasil perkahwinan isteri pertama turut meluahkan rasa rindu dengan keluarga bahagia mereka yang sebelum ini.
Dalam pada masa yang sama, dia turut persoalkan perasaan individu yang menghancurkan kebahagian seisi keluarga tersebut.
Sekadar info, khabar angin mengenai perkahwinan Datuk Zainal Abiddin dan Fyna Jebat mula tersebar di platform media sosial beberapa minggu lalu dan difahamkan, bekas pemain bola sepak negara itu masih berstatus suami kepada Datin Zalina.