Baru-baru ini TV3 menerusi program Wanita Hari Ini telah membincangkan tajuk “Besarkan Payu Dara”. Ternyata tajuk ini sememangnya kontroversi sehingga pengarah besar TV3 pun terpaksa turun padang buat kenyataan. Ini kata-kata brother Ahmad Izham Omar selaku Ketua Pegawai Operasi, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad.
[note]Pihak TV3 tidak mempunyai niat lain, selain daripada menggalakkan diskusi secara terbuka dan berkongsi pengalaman dalam topik tersebut. Menerusi WHI juga kami berharap agar setiap perbincangan dapat memberi manfaat kepada penonton.
Pada masa yang sama, kami peka terhadap pandangan masyarakat di luarsana serta menghargai maklum balas yang diterima daripada orang ramai. Malah kami menjemput seorang doktor pakar untuk membincangkan topik tersebut dan ia mengandungi unsur pengajaran ataupun input tambahan yang bersesuaian. [/note]
Abang Nara akui yang Abang Nara tak tengok pun lagi episod WHI di atas. Lagipun buat apa Abang Nara nak tengok kan? Abang Nara bukannya ada payu dara. Tapi kalau mengikut logiknya, disebabkan program ini ialah program Wanita Hari Ini, maka penontonnya sudah tentulah wanita kan? So besar kemungkinan sebab itu topik ini dikeluarkan. Untuk memberitahu para wanita-wanita yang menonton WHI baik buruk membesarkan payu dara.
Bagi Abang Nara, bersyukurlah dengan kurniaan yang diberi. Besar sangat pun tak adalah cantik sangat kan? Apa pendapat korang pasal program WHI nie? Wajar atau tak wajar cerita tentang payu dara secara terbuka? Adakah penonton kita dah betul-betul open minded untuk membincangkan hal sebegini? Sila tinggalkan hujah anda di ruangan komen ye.