“Apa Nak Jadilah Dia Ni” – Baju & Tudung Singkat, Netizen Tergamam Tengok Mia Sara ‘Version’ Sekarang

Hiburan

“Apa Nak Jadilah Dia Ni” – Baju & Tudung Singkat, Netizen Tergamam Tengok Mia Sara ‘Version’ Sekarang

Rasanya ramai sudah ketahui pelakon muda, Mia Sara sejak akhir-akhir ini sering menjadi bualan warganet kerana cara pemakaian dia sudah berlainan dari dirinya yang sebelum ini.

Jika sebelum ini Mia menjadi topik hangat kerana menari sambil berpakaian ketat hingga menampakkan ‘asetnya’, kini sekali lagi dia menjadi perhatian ramai.

Advertisement

Melalui video yang dimuat naik oleh Mia baru-baru ini, dia bersama seorang influencer bernama Liya Maisarah sedang menjalani sebuah photoshoot dan cara pemakaian pelakon terbabit telah membuat kebanyakkan netizen berasa kurang senang.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen merasakan gadis tersebut sudah semakin berbeza, tidak kira dari segi personalitinya ataupun cara pemakaian.

Bahkan, netizen turut perasan pakaian yang dipakai dalam video terbabit agak pendek hingga menampakkan perkara yang tidak sepatutnya ditunjuk kepada orang ramai dan tudungnya juga tidak menutupi bahagian dada.

komen netizen

Dalam pada masa yang sama, netizen turut menasihati Mia agar tidak lagi bercakap tentang kehidupan orang lain kerana perkara itu akan patah balik kepada dirinya atau erti kata lain ‘memakan diri sendiri’.

Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah.

mia sara kutuk puteri balqis
2 years ago

"Dulu Kemain Cakap Puteri Balqis Teruk!" - Terkinja-Kinja Menari Di TikTok, Netizen 'Hentam' Mia Sara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...