Apa Nak Jadi Dengan Sukan Malaysia?

Hiburan

Apa Nak Jadi Dengan Sukan Malaysia?

thomas cup piala thomas 2010

Kecewa betul semalam kami bila tengok aksi pemain badminton negara masa lawan Jepun. Dato’ Lee Chong Wei dengan beregu nombor 1 je yang boleh diharap. Yang lain main macam tak nak main. Tak ada semangat langsung. Lagi-lagi si Hafiz Hashim tue. Shuttle tu boleh smash tapi tak reti-reti nak smash. Habis terkeluar carutan kami tengok dia main.

Advertisement

Sebenarnya bukan badminton sahaja yang makin merudum untuk sukan negara kita nie. Bola sepak jangan cerita lah. Memang dari dulu lagi tak pernah nak naik-naik. Sepak takraw dengan Korea pun dah kalah dah sekarang. Nak harapkan pun dekat Nicol David je lah pun. Dia sorang je yang maintain menang.

Dulu masa kami belajar dekat Korea, kami rasa malu sangat bila pakcik-pakcik bawak teksi tanya apa dah jadi dengan bola sepak Malaysia. Siap ada sorang pakcik teksi nie ingat lagi kehebatan Allahyarham Mokhtar Dahari. Dia siap mengaku lagi yang dulu Korea selalu kalah dengan Malaysia. Sekarang nie Korea nak buat perlawanan persahabatan dengan Malaysia pun dah tak nak dah. Buang habis beras jer.

Sempena dengan Piala Thomas nie, kami nak mengajak anda terutamanya jika anda bergelar seorang ibu bapa. Biarkanlah anak-anak anda bermain. Jangan asyik suruh dia baca buku je. Negara kita perlukan ahli sukan.  Kalau nampak anak anda memang betul-betul berbakat dan berminat, bagi dorongan dan galakan kat dia. Nanti dia jadi juara, anda jugak yang akan tumpang glamer.

Kami dah habis idea nak fikirkan cara nak majukan sukan kat Malaysia nie.  Apa-apa pun, meluat mana pun kita dengan pasukan Piala Thomas Malaysia, sama-samalah kita teruskan menyokong diorang.  Hari nie suku akhir lawan Denmark. Harapan ada tapi macam tipis jer nak menang. Kalau dah kalah nak buat macam mana kan? Namanya pun takdir. Tak gitu?

P.S: Maaf tetiba borak pasal sukan plak kat sini. Teremosi dengan kekalahan pasukan Piala Thomas kita dengan Jepun semalam. Kecewa sehingga kini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...