May 31st, 2009

ah long

Sekali lagi kami nak buat iklan layanan masyarakat. Bukan apa, banyak idea dan kritikan di kepala nie yang kena dikeluarkan. Sesekali nak jugak berbincang dengan anda semua tentang negara kita yang tercinta, Malaysia.

Anda sudah tentu pernah tengok iklan-iklan Ah Long di atas kan? Kalau anda tak pernah tengok, maknanya anda bukanlah rakyat Malaysia. Oh ya, selain daripada iklan pinjam duit di atas, ada jugak iklan-iklan ubat kuat untuk lelaki. Paling kelakar ada satu tajuk iklan ubat kuat yang pernah kami nampak ialah “ANDA INGIN JADI SUPERMAN?“. Sungguh pandai teknik memikat pelanggan tukang buat iklan nie.

Berbalik kepada topik kita, minggu lepas kecoh cerita orang kena rantai dan dilokapkan macam anjing oleh si Ah Long Ah Long celaka nie. Nasib baiklah rasanya mereka yang dilokapkan nie sebangsa dengan mereka. At least taklah membuak sangat kemarahan di dada kami nie.

Apa silapnya ye? Kenapa rakyat kita suka sangat pinjam kat Ah Long nie? Padahal rasanya semua tau bahana yang bakal menimpa diorang. Kalau pinjam seribu paling koman mau kena bayar 2 ribu. Kalau tak dapat bayar, kompem kena belasah sampai koma. Takpun anak bini kena rogol, dera dan macam-macam lagi le.

Jawapannya senang saje. Anda pergi jumpa Ah Long, bawak IC je. Borak-borak kejap. Sign agreement. Terus dapat duit on the spot. Tak sampai setengah jam dah boleh dapat duit. Anda happy, Ah Long lagi lah happy.

Nak pinjam dengan bank? Jangan haraplah kalau anda tak kerja dengan kerajaan. Paling terbakar bila dengar iklan Bank Rakyat, Ini Pilihan Saya. Pilihan saya lah sangat!!!. Bayangkan orang-orang yang kerja swasta gaji bersih kalau tak cecah 3 4 ribu jangan mimpi la nak buat loan. Padahal kalau kerja goverment senang ajer dia kasik kat pinjam. Double standard namanya nie.

Malaysia kita nie perlu banyak diubah. Paling penting bagi kami ialah perubahan dari media-media kita nie. Sikit-sikit cerita ragut, rempit, bunuh, tikam sana, rogol sini. Memanglah boleh melariskan suratkhabar, tapi kesannya kat pikiran kita nie la. Hari-hari disuap dengan benda-benda jahat je, lama-lama otak kita yang suci bersih nie pun akan jadi jahat.

Eh terpanjang pulak tulis. Bila baca balik apa yang ditulis, macam tak ada isi jer. Tapi terima kasih la sebab sudi baca. Cubalah pahami apa yang kami cuba sampaikan nie. Nanti ada masa kita cerita lagi tentang negara kita Malaysia yang tercinta nie ye.

Renung-renungkan dan selamat beramal.


Comments are closed.

Loading...