Sebelum ini, usahawan dan juga penyanyi Iqbal Zulkefli memaklumkan bahawa dia kini sudah bergelar pelakon apabila dia tampil dalam telemovie Pok Yie Preehhh bersama bintang-bintang lain seperti Wafariena, Along Cham dan ramai lagi.
Namun begitu, terdapat kontroversi yang mengaitkan Iqbal bersama aktres Wafariena apabila ramai netizen yang meminta mereka berjodohan kerana kelihatan begitu serasi bersama.
Dalam hantaran Instagram terbaru, Iqbal turut dilihat bergambar mesra dengan Wafariena namun tidak disambut baik oleh aktres itu.
Kata Wafariena, dia sebenarnya tidak selesa dengan kelakuan Iqbal sekaligus membuatkan bekas teman lelaki Dato Seri Vida itu tampil menjelaskan situasi yang sebenar.
Malah, perkara tersebut turut mendapat perhatian ibu Wafariena iaitu Suzana Ahmad yang meluahkan rasa terkilan dan kecewa dengan sikap Iqbal yang cuba membabitkan anaknya dalam gosip cinta murahan.
Ditemui Harian Metro, Suzana mendedahkan bahawa Iqbal sendiri yang datang dan ingin mengambil foto bersama anaknya itu.
Saya ada di lokasi penggambaran itu dan Iqbal yang minta izin untuk bergambar dengan Wafa. Tapi tak tahu pula ia cuba dijadikan modal oleh Iqbal untuk mengaitkan Wafa dengan gosip cinta yang tidak wujud.
Kalau betul dia nak kenal Wafa lebih dekat, kenapa tak beritahu dan tanya pada saya yang ada di lokasi sama. Ini terus buat luahan di Instagram dan apa motif sebenarnya?
Berikutan itu, ibu Wafariena berharap agar anaknya itu tidak terkait dengan sebarang spekulasi liar yang tidak benar di media sosial.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.