Sebelum ini, pelakon Hairul Azreen dan keluarga berpeluang menaiki kapal mewah dan jet peribadi milik Tan Sri Vincent Tan.
Baru-baru ini, Hairul ada berkongsi di Facebook di mana dia dapat duduk semeja dan menikmati makan tengah hari bersama jutawan itu.
Bukan Tan Sri Vincent Tan sahaja, tetapi turut berada di majlis makan sempena Tahun Baru Cina itu adalah Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah, Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan suaminya.
Menerusi gambar dikongsi, Hairul dilihat menerima beberapa keping ‘angpow’ daripada pemilik Berjaya Corporation Berhad itu di pejabatnya.
Perkongsiannya mendapat pelbagai reaksi daripada netizen di mana ramai mempersoalkan hubungan rapat Hairul bersama Tan Sri Vincent Tan kerana sudah beberapa kali dilihat bersama.
Namun begitu, ramai juga yang menyifatkan Hairul serta isteri, Hanis Zalikha dan anak-anak mereka bertuah kerana dapat mengenali jutawan berkenaan dengan rapat sehingga dapat bercuti bersama.
Memang rezeki Yusuf Iskandar dan Alisa Aishah, kecil-kecil dah dapat keluar, bercuti bersama salah seorang jutawan Malaysia.