Biarpun sudah reda dengan isu sebelum ini, tetapi nampaknya nama pengulas makanan CEO Kaki Review menjadi perhatian semula selepas didakwa sengaja menyindir pempengaruh popular, Jason.
Dapat dilihat dalam video yang dimuat naik, kelihatan tiga orang individu lelaki di belakangnya meniru gaya tarian yang sering dilakukan oleh Jason setiap kali memuat naik video review makanan.
Rata-rata netizen yang melihat video berkenaan meluahkan rasa kesal terhadap CEO Kaki Review serta merasakan tindakan tersebut sama sekali tidak wajar.
Bahkan, ada juga netizen berasa kecewa terhadap pempengaruh kegeramannya iaitu Abam Panda yang turut kelihatan dalam video berkenaan.
Dalam pada masa yang sama, sesetengah netizen turut berpendapat mereka bertindak sedemikian kerana mahu ‘menunggang’ populariti Jason di platform media sosial.