Menerusi Instagram, pengasas kosmetik Datuk Seri Vida telah meluahkan kemarahannya terhadap bekas teman lelaki, Iqbal Zulkefli yang didakwa memerlinya dalam satu ruangan komen.
Terdahulu, mStar telah berkongsi cerita tentang hasrat Iqbal untuk mencari peluang menaja rancangan nyanyian popular, ‘Gegar Vaganza’ pada musim hadapan.
Berdasarkan komen Iqbal di Instagram mStar, dia berkata mahu membuat kelainan sekiranya berjaya menjadi penaja. Dia juga tidak mahu disamakan dengan ‘pihak tertentu’ berkenaan isu ‘marketing’ perniagaan yang memilih untuk melakukannya dengan cara ‘viral’.
Semalam, Datuk Seri Vida atau lebih dikenali sebagai DSV telah memuat naik screenshot komen Iqbal itu dan membalas komen tersebut serta meluahkan kemarahannya.
Apa masalah mu ni? Nak menghanjeng?”
Melalui komen itu, DSV seolah-olah meluahkan rasa terkilan kerana lelaki tersebut seperti ‘kacang lupakan kulit’ selain berkata Iqbal tidak perlu masuk campur urusan bisnesnya.
Aku nak meniaga segenap penjuru ke, sampai planet Marikh ke itu aku punya pasal. Itu passion aku. Tak susahkan mu.”