“Apa Masalah Kau? Kenapa Nak Sibuk? Kenapa Kau Dengki?” – Dituduh Tiru Bisnes Aliff Syukri, Noraniza Idris Bidas Netizen

Hiburan

“Apa Masalah Kau? Kenapa Nak Sibuk? Kenapa Kau Dengki?” – Dituduh Tiru Bisnes Aliff Syukri, Noraniza Idris Bidas Netizen

Penyanyi, Noraniza Idris bersuara dan membidas dakwaan sesetengah pihak bahawa dia menciplak idea perniagaan usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri.

Dakwaan itu timbul selepas Noraniza atau lebih mesra dengan panggilan Kak Ani memperkenalkan bungkusan baru berbentuk kotak untuk produknya, Che Ani Premium.

Advertisement

live aliff syukri beg samma sold out 25 seconds
2 weeks ago

'Sold Out' Dalam Tempoh 25 Saat, Beg 'Kontroversi' Aliff Syukri Jadi Rebutan - "80,000 Orang 'Battle' Malam Tadi"

Menerusi siaran langsung, Kak Ani membuat pelancaran baru Kotak Warisan Che Ani Premium dan segelintir netizen berpendapat bahawa reka bentuk kotak itu menyerupai beg yang dikeluarkan Aliff Syukri sebelum ini.

Datuk Aliff Syukri jual beg, Che Ani nak jual beg juga ke? Sibuk je.

Noraniza Idris

Kredit: BERNAMA

Tidak berdiam diri, Kak Ani terus menjawab dan menyelar dakwaan berkenaan dan berkata individu tersebut tidak tahu menghargai perniagaan tempatan.

Kau ni orang Melayu ke apa? Tak reti nak hargai perniagaan tempatan. Kalau tengok betul-betul, itu beg ke? Saya rasa kotak. Tak sama dengan beg. Saya buat kotak saja untuk hargai warisan, apa masalahnya?

Saya keluarkan satu benda yang saya boleh hargai pembeli muruku aku, kenapa dengki?

Tambah Kak Ani, pengenalan kotak itu adalah selepas pihaknya mendapat maklum balas daripada pelanggan yang kurang berpuas hati dengan pembungkusan asal produk muruku dijualnya yang kempis dan mudah rosak.

Appreciate setiap sen pembeli merupakan satu kesempurnaan yang mereka inginkan. Jadi apa salahnya kita upgrade kita punya packaging?

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Cheanipremium MY (@cheanipremium)

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...