“Apa Masalah Buat Di Sekolah?” – Ibu Bapa Berang Bayaran Jamuan Perpisahan Anak Semakin Mahal, Dakwa PIBG Tiada Fungsi

Kehidupan

“Apa Masalah Buat Di Sekolah?” – Ibu Bapa Berang Bayaran Jamuan Perpisahan Anak Semakin Mahal, Dakwa PIBG Tiada Fungsi

Sudah menjadi tradisi untuk sekolah-sekolah di Malaysia untuk mengadakan majlis perpisahan atau jamuan untuk pelajar-pelajar yang bakal meninggalkan sekolah, mahupun sekolah rendah ataupun sekolah menengah.

Bayaran untuk jamuan semakin mahal

Menurut laporan, seorang individu telah berkongsi di TikTok rasa tidak puas hati apabila ibu bapa terpaksa membayar mahal untuk jamuan anaknya yang darjah enam. Katanya, tindakan sekolah untuk mengenakan harga sebegitu adalah tidak munasabah.

Advertisement

Jamuan perpisahan darjah enam. Relevan ke kutip RM50 seorang untuk buat di hotel? Tak peka langsung pihak sekolah dengan anak-anak golongan susah.

 

Apa masalah buat di sekolah je. Ada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) macam tak ada fungsi.

hotelSumber : Gambar Hiasan  

Kasihan pada yang tak mampu

Ulas individu ini lagi, meskipun dirinya mampu untuk menampung kos berkenaan, namun dia sebagai ibu bapa turut berasa kasihan kepada ibu bapa dan pelajar-pelajar lain yang kurang mampu.

Kesian dengan anak-anak yang mak ayah tak mampu nak adakan RM50 tu. Sepatutnya PIBG yang bersuara. Kita kesian dengan anak-anak golongan susah, dengan keadaan sekarang ni. Buat di sekolah lebih afdal.

 

Buat je di sekolah, gotong-royong dengan mak ayah untuk sediakan juadah. Lagi jimat bajet. Dengan zaman sekarang ni semuanya melambung naik.

jamuanSumber : Gambar Hiasan  

Pada masa yang sama, ibu bapa yang lain turut bersetuju dengan saranan untuk membuat majlis di sekolah bagi mengurangkan bajet yang diperlukan. Ramai juga yang menggesa agar pihak sekolah lebih memainkan peranan dalam isu ini.

kantin sekolah
11 months ago

Bukan Setakat Goreng-Goreng, Menu 'Western' Pun Ada! Kantin Sekolah Tawar Menu Macam Kafe Jadi Tumpuan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Portal

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...