“Apa Masalah Anda Dengan Saya?” – Tuanku Permaisuri Agong Balas Komen Biadab Netizen

Trending

“Apa Masalah Anda Dengan Saya?” – Tuanku Permaisuri Agong Balas Komen Biadab Netizen

Melihat tindakan seorang netizen yang khabarnya menggunakan akaun palsu dan meninggalkan komen yang cukup biadab serta tidak beradab, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dilihat kecewa dengan tindakan individu terbabit.

tuanku Permaisuri Agong

Advertisement

Biarpun sebelum ini Tunku Azizah dilihat seakan tidak pernah lagi memuat naik sesuatu yang bersifat sindiran daripada wargamaya pada entri di laman Instagramnya, namun kali ini benar-benar mengejutkan.

https://www.instagram.com/p/CFzIT76HeeM/?utm_source=ig_embed

“Susah kalau orang sakit jiwa!” tulisnya.

Seperti sudah dijangka, rata-rata pengikutnya di laman tersebut seakan menyeru  Tuanku Permaisuri untuk membuat laporan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) berikutan komen tidak sopan yang ditinggalkan.

Malah, wujud juga rakyat tempat yang menggesan Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (MCMC) melakukan siasatan terhadap individu terbabit.

Tuanku Permaisuri Agong Balas Komen Biadab Netizen Tuanku Permaisuri Agong Balas Komen Biadab Netizen Tuanku Permaisuri Agong Balas Komen Biadab Netizen Tuanku Permaisuri Agong Balas Komen Biadab Netizen

Sehingga kini, entri tersebut tenlah dibanjir lebih 1,700 komen yang menyelar tindakan individu terbabit dan rata-rata juga dilihat tidak ketinggalan menzahirkan rasa kecewa Tuanku Permaisuri diperlakukan sedemikian rupa.

Terdahulu, tular di media sosial apabila, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sedang menjalani rawatan susulan di Institut Jantung Negara (IJN) kerana keracunan makanan.

Selain itu, baginda juga turut menjalani rawatan intervensi akibat kecederaan pada sendi lutut dan buku lali.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...