Melihat tindakan seorang netizen yang khabarnya menggunakan akaun palsu dan meninggalkan komen yang cukup biadab serta tidak beradab, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dilihat kecewa dengan tindakan individu terbabit.
Biarpun sebelum ini Tunku Azizah dilihat seakan tidak pernah lagi memuat naik sesuatu yang bersifat sindiran daripada wargamaya pada entri di laman Instagramnya, namun kali ini benar-benar mengejutkan.
https://www.instagram.com/p/CFzIT76HeeM/?utm_source=ig_embed
“Susah kalau orang sakit jiwa!” tulisnya.
Seperti sudah dijangka, rata-rata pengikutnya di laman tersebut seakan menyeru Tuanku Permaisuri untuk membuat laporan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) berikutan komen tidak sopan yang ditinggalkan.
Malah, wujud juga rakyat tempat yang menggesan Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (MCMC) melakukan siasatan terhadap individu terbabit.
Sehingga kini, entri tersebut tenlah dibanjir lebih 1,700 komen yang menyelar tindakan individu terbabit dan rata-rata juga dilihat tidak ketinggalan menzahirkan rasa kecewa Tuanku Permaisuri diperlakukan sedemikian rupa.
Terdahulu, tular di media sosial apabila, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sedang menjalani rawatan susulan di Institut Jantung Negara (IJN) kerana keracunan makanan.
Selain itu, baginda juga turut menjalani rawatan intervensi akibat kecederaan pada sendi lutut dan buku lali.