Menerusi Instagram, Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq memaklumkan sebelum ini tidak sabar untuk membuat pengumuman tentang berita gembira kepada semua pengikut.
Menurut Saddiq, dia telah menandatangani kontrak bersama stesen radioa ERA FM untuk menjadi penyampai terbaru bersama Team 3Pagi ERA.
Tambahnya, dia telah memaklumkan kepada stesen radio itu bahawa 100 peratus gajinya sebagai penyampai radio akan disumbangkan kepada 20 mahasiswa daripada keluarga susah di Muar sebagai biasiswa.
Akui teruja kerana mahu berhibur sambil mendidik dengan membawa tema edutainment, Saddiq berkata ERA FM bagaimanapun memaklumkan kerjasama itu tidak dapat diteruskan.
Runding dah, sign kontrak dah, photoshoot dah, videoshoot pun dah. Mama, Abuyah dah plan nak datang pengumuman hari ini. Anak-anak Muar yang bakal dapat biasiswa pun sudah dimaklumkan.
Tetapi semalam, saya dimaklumkan oleh team ERA atas sebab-sebab tertentu kerjasama ini tak dapat diteruskan.
Saddiq mempersoalkan maksud ‘sebab sebab tertentu’ namun akui tidak bersedih kerana yakin dengan perancangan Allah SWT tentang rezekinya.
Ahli Parlimen berusia 33 tahun itu juga turut memaklumkan stesen radio tersebut tetap melunaskan bayaran kontrak dan akan menyumbangkan 100 peratus jumlah itu ke tabung biasiswa Muar.
View this post on Instagram
Kongsi Saddiq lagi, pada hari yang sama dia dimaklumkan kerjasama itu dibatalkan, dia telah menerima beberapa tawaran lain berjumlah lebih RM1 juta.
Sedih? Tidak. Sebab saya percaya, satu pintu rezeki tertutup, sepuluh lagi dibuka.
Sementara itu, akaun rasmi ERA FM turut mengeluarkan kenyataan tentang pembatalan kontrak dan kerjasama mereka namun kini ramai tertanya-tanya apakah sebenarnya punca hal ini berlaku.