Suami kepada pelakon Ardell Aryana yang merupakan sukarelawan misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) iaitu Nadzmi Adhwa terkenangkan isterinya yang telah disahkan ditahan oleh tentera Israel.
Menerusi Threads, Nadzmi sebelum ini sering membuat hantaran berkaitan perjuangan isterinya menyertai misi berisiko terbabit.
Terbaru, Nadzmi memikirkan tentang perasaan Ardell ketika ini serta turut menitipkan doa agar semua yang terlibat dalam misi itu dapat bertahan dan pulang ke tanah air dengan selamat.
Apa la yang awak tengah rasa ya? Semoga Allah berikan kekuatan pada semua untuk bertahan. Pulang pada kami.
Ramai meluahkan rasa sebak dan memberikan kata-kata semangat buat Nadzmi yang sudah tentu sedang risau memikirkan keadaan isteri tercinta.
Rata-ratanya mendoakan keselamatan semua sukarelawan dan aktivis yang terlibat terutamanya yang telah ditahan oleh tentera Israel.
Seramai 23 rakyat Malaysia yang menyertai GSF telah ditahan oleh tentera Israel dan Wisma Putra sebelum ini memaklumkan kesemua mereka akan dihantar pulang ke tanah air melalui sebuah negara ketiga.