Apa Komen Chen Long Mengenai Persembahan Lee Chong Wei Di Perseorangan Akhir #Rio2016 ?

Trending

Apa Komen Chen Long Mengenai Persembahan Lee Chong Wei Di Perseorangan Akhir #Rio2016 ?

Seorang pengguna Facebook bernama Danielle Ee memberitahu dia berada di China sewaktu menonton perlawanan akhir badminton perseorangan antara Chen Long dan Datuk Lee Chong Wei untuk Olimpik Rio 2016. Dia telah menulis mengenai isi temubual antara pemberita dan Chen Long di akhir perlawanan yang disiarkan di rangkaian televisyen nasional China.

chenlong

Advertisement

Menurut Danielle, Chen Long memahami situasi Datuk Lee Chong Wei dan memuji jaguh badminton negera itu.



chenlong

Jadi saya berada di China semasa menonton perlawanan antara LCW dan Chen Long, dan mendengar ulasan pengulas China. Di hujung apabila CL ditemubual, dia berkata:

Pertama sekali saya ingin ucapkan tahniah kepada Datuk Lee Chong Wei. Saya sangat menghormatinya. Hari ini, pasti dia berada dalam keadaan sangat tertekan kerana dia mewakili negaranya (saya rasa ia emas pertama untuk Malaysia) dan juga kerana dia sudah berada dalam usia 30-an.

Tekanan yang dia rasakan pasti lebih dari apa yang saya rasa.  Lagipun dia berlawan menentang Lin Dan semalam, yang mungkin mempengaruhi persembahannya.

Okay, itu saja yang saya faham dari pengetahuan bahasa cina saya. Chen Long bercakap banyak tentang LCW sebenarnya. Ini hanya sebagai makluman kepada rakyat Malaysia tentang apa yang Chen Long kata kepada CCTV (itu rangkaian televisyen terbesar di China, macam BBC untuk England).

Sebagai seorang pemain badminton, Chen Long pasti memahami situasi Chong Wei, saat ada warganegara Malaysia sendiri memperkecilkannya. Kebanyakan pemain badminton sebenarnya semakin malap pada usia 30-an, tidak seperti Chong Wei yang masih mampu meraih pingat perak Olimpik. Tahniah diucapkan.

Sumber: Angie Felicity – amazingnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

Comments are closed.