“Apa Kita Buat Semua Kena Ada Motivasi..” – Demi ‘Support’ Rakyat Malaysia, Nourul Depp Rela Jadi Pakar Motivasi Di PLKN

Hiburan

“Apa Kita Buat Semua Kena Ada Motivasi..” – Demi ‘Support’ Rakyat Malaysia, Nourul Depp Rela Jadi Pakar Motivasi Di PLKN

Berita tentang pelaksanaan semula Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang mengejutkan orang ramai kini kembali menarik perhatian warganet apabila seorang penyanyi dan pakar motivasi Nourul Depp, telah menawarkan diri untuk menjadi salah seorang jurulatih di sana.

Kata Nourul, tidak salah jika dirinya berkhidmat sebagai pakar motivasi di PLKN jika betul ditawar oleh pihak atasan. Baginya, dia menyokong kuat tindakan mewujudkan semula program tersebut demi kebaikkan masa depan negara.

Advertisement

Kenapa tidak? Tu boleh jadi sebahagian dari tujuan saya. Tiada masalah.

Bagi saya, apa kita buat semua kena ada motivasi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by N O U R U L (@nouruldepp)

Pada masa yang sama, penyanyi berumur 46 tahun ini menganggap jika adanya PLKN ini, ia boleh menjadi sebuah platform yang lain untuk anak-anak muda zaman kini mengekspresi diri mereka selain melalui media sosial.

Tambahnya, jika betul khidmatnya diperlukan, Nourul dengan berbesar hati akan menerima peluang tersebut serta berbakti selama mana yang diperlukan.

Terdahulu, Nourul sempat terlibat dengan kontroversi bersama anak sulungnya yang dikatakan berada dalam hubungan yang tidak baik meskipun dirinya akui masih mengubungi puterinya itu.

Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

nourul depp
10 months ago

"Ramai Ibu-Ibu Berdepan Dengan Isu Anak Sedang Membesar" - Enggan Keruhkan Keadaan, Nourul Depp Akui Ada Hubungi Anak Sulung

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...