“Apa Keperluannya?” – Diana Danielle Dedah Belum Daftar Pengesahan Rujuk Dengan Farid Kamil

Hiburan

“Apa Keperluannya?” – Diana Danielle Dedah Belum Daftar Pengesahan Rujuk Dengan Farid Kamil

Pelakon Diana Danielle mengakui dia dan suami, pelakon Farid Kamil masih belum mendaftarkan pengesahan rujuk di mahkamah sejak 31 Ogos lalu.

Kata Diana, perkara (tindakan merujuk di mahkamah) tidak mengubah apa-apa mengenai hubungannya dengan Farid yang sudah kembali bersama.

Advertisement

So, Whats the point? Perkara itu tidak penting sebab kami sudah secara rasmi rujuk.

Kami sudah rujuk secara rasmi dan tukar di atas kertas pun tidak mengubah apa-apa pun. Bukannya kami tak mahu failkan di mahkamah tapi itu semuanya untuk secara rasmi sahaja.

Maklum Diana lagi, dia menganggap pengesahan rujuk itu sebagai tidak penting dan belum bersedia untuk hadir ke mahkamah dalam tempoh terdekat.

Nanti kalau sudah bersedia, kami akan lakukan. Lainlah kalau sebelum ini saya cakap tak pernah jadi (rujuk), maka akan berlaku konflik di situ.

Semua orang pun sudah tahu kami telah rujuk malah secara hukum Islam, kami tak melanggar apa-apa. Cuma secara undang-undang sahaja belum.

Terdahulu, peguam yang mewakili Diana untuk kes perceraian sebelum ini, Datuk Akberdin Abdul Kader ada memberitahu bahawa Farid dan Diana tetap perlu ke Mahkamah Syariah bagi mengesahkan proses rujuk semula itu.

Sebelum ini, pasangan itu mengejutkan ramai pihak setelah keduanya sah bercerai talak satu pada 10 Ogos lalu sebelum rujuk sebulan tidak sampai sebulan kedua-duanya berpisah.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

neelofa pu riz
5 months ago

"Isteri Saya Ni Baik Belaka, Masya-Allah.." - PU Riz Kongsi 'Resipi' Rumah Tangga Bahagia, Tips Dan Doa-Doa Untuk Peminat

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : HibGlam

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...